Posts

Showing posts from June, 2020

LDP -Sistem Pengurusan Balai(SBP)

Image
LDP - Sistem Pengurusan Balai 30 Jun 2020- Jempol Bahagian Pengurusan IPD Jempol telah aturkan LDP bertajuk Sistem Pengurusan Balai(SPB) di Bilik Gerakan IPD Jempol. IPD Jempol telah menjemput KPL 143138 Saiful Rizal Bin Ramlan - Kpl Pentadbiran Balai Polis Jasin sebagai penceramah untuk program tersebut.Program yang dihadiri seramai 20 orang anggota ini telah diberi pendedahan tentang sistem pengurusan balai yang digunakan seharian,susunan  jadual penugasan balai, cara daftar maklumat pendaftaran tugasan, e-buku perharian balai pol 40 dan maklumat balai.Dalam program tersebut peserta telah mengemukakan permasalahan yang sering timbul ketika mengendalikan SPB dan permasalahan rangkaian yang sering mendatang kan masalah semasa digunakan.Sepanjang program tersebut berjalan  dengan lancar dan para peserta memahami segala penerangan yang ditaklimatkan. Pihak IPD mengucapkan terima kasih kepada penceramah jemputan dan menghargai pendekatan yang diambil oleh IPD Jempol untuk memberi...

Mesyuarat Mingguan Balai Polis Rompin

Image
MESYUARAT MINGGUAN KETUA POLIS BALAI POLIS ROMPIN, JEMPOL 26/06/2020 -bertempat di bilik taklimat balai polis Rompin  Ketua Polis Balai SM ManantManan adakan mesyuarat Mingguan Balai.Tujuan mesyuarat tersebut diadakan sekali seminggu adalah bagi menyampaikan arahan-arahan semasa disamping merapatkan silaturahim antara anggota .Dalam masa yang sama juga Ketua Polis Balai dapat mengenalpasti anggota yang bermasalah dan mencari jalan penyelesaian untuk membantu yang mempunyai masalah. #cegahjenayah #kitajagakita

Mesyuarat Mingguan Balai Polis Ayer Hitam

Image
MESYUARAT MINGGUAN KETUA POLIS BALAI AYER HITAM, JEMPOL 26/06/2020 -bertempat di bilik taklimat balai polis Ayer Hitam Ketua Polis Balai SM Bakar telah adakan mesyuarat Mingguan Balai.Tujuan mesyuarat tersebut diadakan sekali seminggu adalah bagi menyampaikan arahan-arahan semasa disamping merapatkan silaturahim antara anggota .Dalam masa yang sama juga Ketua Polis Balai dapat mengenalpasti anggota yang bermasalah dan mencari jalan penyelesaian untuk membantu yang mempunyai masalah. #bersamacegahjenayah #kitajagakita

Program Kepolisan Komuniti Balai Polis Ldg Geddes bersama KRT/SRS

Image
PROGRAM KEPOLISAN KOMUNITI BALAI POLIS LADANG GEDDES IPD JEMPOL - RONDAAN CEGAH JENAYAH BERSAMA KRT/SRS Jempol - 26 June 2020 (Jumaat) Program Kepolisan Komuniti Balai Polis Ldg Geddes bersama KRT/SRS  telah diadakan .Program tersebut telah dihadiri oleh ASP Kalid bin Yahaya -KBPJKKD,Pen.Peg.Perpaduan Kanan Daerah Jempol En.Rohaizat bin hj Udin dan beberapa ketua taman berhampiran serta Ketua Polis Balai dan anggota balai. Rondaan Cegah Jenayah berkolaborasi ini dapat membantu pihak PDRM khasnya dalam membendung kegiatan jenayah  di kawasan komuniti setempat. Sesi rondaan SRS ke kawasan KRT yang telah ditetapkan ini secara berkolaborasi bersama PDRM secara berkala dan dapat membantu mencegah jenayah dan mengurangkan berlakunya kes pecah rumah dan kes jenayah yang lain.Petugas KRT/SRS juga secara tidak langsung dapat membantu mendidik masyarakat untuk mematuhi PKPP dan SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Pen Pegawai Perpaduan Kanan Jempol berterima kasih diatas kerjasama y...

Mesyuarat Mingguan Balai Polis BSJ

Image
Mesyuarat Mingguan Balai Polis BSJ Jempol-26.6.2020,Balai Polis BSJ adakan mesyuarat Mingguan bagi memastikan semua arahan-arahan terkini dari Peringkat Bukit Saman,Kontinjen dan Daerah Disampaikan kepada semua anggota. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh SI Bayan Bin Gema dan dihadiri oleh sebahagian anggota Balai Polis BSJ .Dengan mesyuarat sebegini dapat mengeratkan silaturahim dan semangat setiakawan sesama semua serta Ketua dapat mengenalpasti anggota yang bermasalah. #kitajagakita #bersamacegahjenayah

Fitik Balai Polis Sg Lui

Image
FITIK  BALAI POLIS SUNGAI LUI 26/06/2020(Jumaat)-Ekoran peningkatan kes denggi baru-baru ini ,Balai Polis Sg Lui telah aturkan fitik disekeliling Balai Polis dan kediaman berek Balai Polis tersebut. Langkah awal diambil bagi memastikan persekitaran bersih dan bebas dari wabak denggi. i. Membersihkan kawasan balai luar dan dalam. ii.Membersihkan tempat air bertakung bagi mengelakkan pembiakan nyamuk aedes.

The Star- Cops seize two homemade air rifles

Image
The Star- Cops seize two homemade air rifles

KENALI DAUN KETUM

Image
KENALI DAUN KETUM #kitajagakita

Harian Metro -Padah miliki Senapang Angin RM100

Image
Harian Metro 25 Jun 2020- Padah miliki Senapang Angin RM100 #cegahjenayah

Berita Harian - 2 Tokan Dadah ditahan ketika sedang khayal

Image
2 Tokan dadah ditahan ketika sedang khayal  #cegahcovid19 #hapusdadahkeakarumbi

Latihan Dalam Perkhidmatan Pengurusan Kewangan

Image
24 Jun 2020 - Jempol telah adakan latihan dalam Perkhidmatan bertajuk: *PENGURUSAN KEWANGAN*.Dalam taklimat berkaitan telah dihadiri oleh kalangan anggota PDRM Jempol dan dijelaskan oleh penceramah jemputan dari PULAPOL Ayer Hitam En Mohamad Izzat Bin Ghazali dan Pn.Lailee Binti Ibrahim . Slot tersebut memberi penerangan berkaitan perancangan kewangan dan cara menguruskan kewangan yang betul Dalam masa yang sama  Peserta diberi penerangan berkaitan cara-cara pengurusan aliran tunai, pengurusan perbelanjaan yang tetap, perbelanjaan yang berubah-beruban dan perbelanjaan budi bicara serta tips cara-cara berbelanja dengan mendahulukan keperluan berbanding kehendak. Merekod jumlah perbelanjaan yang keluar untuk mengenalpasti punca duit keluar bagi mencipta pelan tindakan terhadap duit yang keluar. Perkara yang menarik dalam taklimat tersebut ialah peserta didedahkan cara  mendaftar dengan CCRIS ( Central Credit Reference Information System ) bagi mengenalpasti corak pembayaran pinj...

Lawatan 1st Day At School oleh Pegawai Perhubungan Sekolah Daerah Jempol

Image
Lawatan 1st Day At School dan pemantauan hari pertama persekolahan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah. Jempol, 24 Jun 2020 - Lawatan 1st Day At School dan pemantauan hari pertama persekolahan yang kembali di buka untuk pelajar tingkatan 5 dan 6 ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) oleh Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol berjalan dengan lancar dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).  Sepanjang lawatan dan pemantauan di kesemua 18 buah sekolah menengah di dalam daerah Jempol oleh Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di setiap sekolah yang telah di tetapkan mendapati sesi pembelajaran berjalan dengan baik tanpa sebarang pelanggaran SOP yang telah ditetapkan.Pihak pengurusan sekolah juga telah mengambil pendekatan membuat hebahan melalui alat pembesar suara bagi setiap sesi persekolahan berkaitan penjarakkan sosial 1 meter dan menyediakan tanda  garisan disetiap laluan agar dipatuhi oleh pelajar...

Perjumpaan KBJPJKKD bersama PPS

Image
PERJUMPAAN KBPJKKD BERSAMA PPS SEMPENA PROGRAM FIRST DAY AT SCHOOL IPD JEMPOL 22 Jun 2020 -Jempol ,Seramai 137 orang dari kalangan Pegawai Kanan dan anggota pelbagai pangkat telah hadir untuk mendengaq taklimat PPS sempena Program First Day at School yang Disampaikan oleh  ASP Muhamad Kalid B. Mohamed Yahaya (KBPJKKD). Taklimat oleh  ASP Muhamad Kalid B. Mohamed Yahaya (KBPJKKD) berkaitan SOP yang perlu dipatuhi oleh pengurusan sekolah dalam tempoh PKPP sempena 1st Day At School.Dalam taklimat tersebut Disampaikan arahan-arahan terkini dari Pucuk Pimpinan PDRM dan Pengarah JPJKK berkaitan _Community Policing_, 1st Day At School yang akan dilaksanakan serentak diseluruh Malaysia dan pelaporan yg PPS perlu sediakan selepas lawatan dibuat.  Turut mengingatkan semua PPS supaya memantau dan menasihati pihak pengurusan sekolah supaya mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan (MKN/KKM) #kitajagakita #pematuhansoppkpp

Latihan Dalam Perkhidmatan Slot Kebajikan

Image
Latihan Dalam Perkhidmatan - KEBAJIKAN 23 Jun 2020 - Jempol - Satu Slot keistimewaan yang terdapat dari aspek kebajikan anggota PDRM telah diatur dan  telah disampaikan oleh Insp. Mastura Bt Ishak (Pegawai Kebajikan Kontinjen Negeri Sembilan) pada 23/06/2020 jam 0900 hrs di Bilik Gerakan IPD Jempol. INSP Mastura dan APR dari Cawangan Kebajikan kontinjen Negeri Sembilan telah memberikan penerangan mengenai hal-hal kebajikan Pasukan Polis Diraja Malaysia. Seramai 14 peserta yang terdiri daripada APR dan pegawai awam dari Pelbagai Bahagian dan balai telah menghadiri LDP ini. Skop Taklimat merangkumi: 1. Bantuan-Bantuan Dari segi Perubatan  2 Bantuan-Bantuan Dari segi kemalangan /bencana yang berlaku semasa dalam penugasan yang aktif.  3.bantuan bencana seperti banjir dan kebakaran  4. Bantuan cermin mata/gigi palsu 5. Sumbangan buah tangan sekiranya dimasukkan ke hospital 6. Potongan Sumbangan Tabung kebajikan Polis Diraja Malaysia(TKPDRM)  7. Bantuan Kematian /v...

Ops Sepadu Pematuhan SOP PKPP di Jempol

Image
Ops Sepadu Pematuhan SOP PKPP Covid 19 di Jempol 20 June 2020 (Sabtu) Jempol - Ops sepadu Pematuhan SOP PKPP Covid 19 telah dilaksanakan  oleh Ibupejabat Polis Daerah Jempol .Ops tersebut melibatkan sekitar kawasan Pentadbiran Bahau dan dijayakan oleh PDRM Jempol yang bertindak sebagai komandan operasi ,Penguatkuasaan dan keselamatan dengan dibantu   agensi lain seperti KKM,MPJL,APM, RELA dan PENERANGAN Jempol yang keseluruhan kekuatan seramai 37 orang .Ops sepadu yang bermula jam 8 malam  berakhir jam 12 malam tadi turut dihadiri oleh YDP MPJL Tn YM Raja Norazli bin Raja Nordin. Ops tersebut adalah yang pertama kali dilaksanakan sejak PKPP  Ops Covid 19.Ianya lebih kepada penguatkuasaan Pematuhan SOP PKPP dan memberi teguran dan penerangan tentang Pematuhan SOP PKPP yang mesti dipatuhi oleh peniaga .Selain dari itu kesedaran tentang keselamatan dan sekiranya berlaku kecemasan juga turut dikongsi kepada peniaga dan awam yang terdapat di premis perniagaan.Ops sep...

Kejayaan Tangkapan Dadah oleh Narkotik IPD Jempol

Image
Kejayaan tangkapan dadah oleh Narkotik IPD Jempol Pada 22 Jun  2020, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibupejabat Polis  Daerah Jempol telah menjalankan satu operasi Op Tapis di kawasan Pekan Bahau, Jempol, Negeri Sembilan. Dalam operasi ini, sebuah rumah di Taman Sornam yang disyaki dijadikan lokasi pengedaran dadah telah diserbu oleh  pasukan ini.  Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Supt Mohd Khairiel bin Mohd Arif, rumah ini digempur sekitar jam 2.45 petang oleh sepasukan anggota Narkotik yang diketuai oleh Pegawai Risikan, Operasi dan Tahanan BSJND,  Insp Mohd Rizwadie bin Abdullah Bukhari.  Operasi ini yang bermula sekitar pukul 2.00 petang  telah berjaya menangkap 1 orang lelaki Melayu yang berumur 39 tahun dan 1 orang lelaki Cina yg juga berusia 33 tahun yang menjadikan rumah itu sebagai tempat menagih dadah dan mengedar dadah. Supt Mohd Khairiel bin Mohd Arif juga berkata dalam Operasi ini sebanyak 112.10 gram dadah jenis heroin, 9.26 gram da...

Program Kunjungan Mesra dan Pemantauan sesi pembukaan Sekolah di SMK Lui Barat

Image
Program Kunjungan Mesra dan Pemantauan sesi pembukaan Sekolah Jempol ,22 Jun- Satu Program Kunjungan Mesra dan Pemantauan sesi pembukaan Sekolah Pasca Covid19 telah diadakan di SMK Lui Barat yang dihadiri oleh Supt Mohd Khairiel bin Mohd Arif- Ketua Polis Daerah Jempol,Tn Abdullah Anastas Zorin bin Yaacob -Timb.Pegawai PPD Jempol/Jelebu,Ybhg Tuan Mahat bin Bujang- Pengetua SMK Lui Barat dan pegawai Kanan PDRM  serta PPS sekolah berkenaan .Program tersebut  bertujuan memberi penerangan mengenai SOP pembukaan sekolah dan menyampaikan Pematuhan SOP setelah pembukaan sesi persekolahan bemula.Dalam Program tersebut turut di taklimat kepada ahli mesyuarat persiapan dan Pematuhan SOP PKPP yang telah diaturkan sebagai persediaan pembukaan sesi persekolahan pada 24 Jun 2020. Program seperti ini dapat mengeratkan silaturahim antara PDRM dan PPD yang hadir bagi sama-sama membantu mencegah penularan Covid19 disekolah selain bertujuan Berkongsi Pematuhan SOP PKPP bersama dan sepakat memutu...

Lagi kejayaan Narkotik -Tangkapan ketum

Image
Kejayaan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Jempol 19 Jun  2020, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibupejabat Polis  Daerah Jempol telah menjalankan satu operasi Op Tapis di Felda Serting Hilir 2, Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan. Dalam operasi ini, satu lokasi penjualan air ketum disebuah rumah di Felda tersebut telah diserbu oleh  pasukan Narkotik ini.  Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Supt Mohd Khairiel bin Mohd Arif, rumah ini diserbu sekitar jam 2.20 petang  oleh sepasukan anggota Narkotik yang diketuai oleh  Pegawai Risikan dan Operasi, Sub Insp Idris bin Yan.  Operasi ini telah berjaya menangkap 1 lelaki penduduk Felda tersebut yang berumur  24 tahun yang menjadikan lokasi itu sebagai tempat menjual air ketum. Supt Mohd Khairiel bin Mohd Arif juga berkata dalam Operasi ini sebanyak 42 bungkusan plastik berisi air disyaki air ketum yg disimpan dalam satu tong penyejuk yang disimpan dibahagian dapur rumah itu telah dirampas. Bel...

Aktiviti Gotong royong Di perumahan IPD Jempol dan Balai- Balai Polis di bawah Pentadbiran IPD Jempol

Image
Aktiviti Gotong royong di Perumahan IPD Jempol dan Balai-balai Polis Bawah Pentadbiran IPD Jempol 19 Jun 2020- Jempol- Penghuni kuarters perumahan IPD Jempol dan Balai- balai Polis di bawah Pentadbiran IPD Jempol melaksanakan aktiviti Gotong royong secara serentak.Aktiviti tersebut adalah bagi membasmi pembiakan aedes dan cegah daripada jangkitan Denggi yang dilihat semakin serius pada masa kini.Aktiviti sebegini mewujudkan sifat kerjasama,kerja berpasukan dan semangat setiakawan dapat diwujudkan. Secara keseluruhannya aktiviti gotong royong ini disertai oleh peringkat pegawai kanan,anggota dan kalangan ahli keluarga penghuni kuarters PDRM tersebut. Impak positif diterima dari semua peringkat disamping kawasan sekeliling menjadi bersih dan terhindar dari jangkitan penyakit. #cegahdenggi #bersamajagakebersihan

Laman FB Balai-Balai di bawah Pentadbiran IPD Jempol

Image
Laman Facebook Balai-balai Polis Bawah Pentadbiran IPD Jempol

Lawatan dan Pemeriksaan Balai dibawah PTKPN A117

Image
18 Jun 2020,Jempol- Lawatan dan pemeriksaan balai di bawah PTKPN A117 Balai Polis Sg Lui telah dihadiri oleh seramai 6 orang pegawai kanan dan 7 anggota dari pelbagai bahagian dan cawangan.Objektif dan pemeriksaan adalah untuk memastikan dokumen,buku dan aset kerajaan diselenggara dengan baik dan di kemaskini mengikut PTKPN yang sepatutnya.Semasa lawatan tersebut anggota balai berkenaan telah diuji dengan latihan kawad yang mana bagi memastikan semua anggota tahu memberi kata perintah dalam pergerakan kawad .Semasa lawatan tersebut juga turut disampaikan dan dikongsi bersama beberapa teguran dan nasihat untuk penambahbaikan pengurusan dan aset balai . Sepanjang lawatan dan pemeriksaan tersebut mendapat kerjasama yang baik dari Ketua Polis Balai dan semua anggota . #stayathome #polisdanmasyarakatberpisahtiada

Taklimat Pengurusan Kewangan dan Insurans Perlindungan Diri

Image
Taklimat Pengurusan Kewangan dan Insurans Perlindungan Diri . Jempol,17 Jun 2020 ( Rabu ),Ibupejabat Polis Daerah  Jempol telah aturkan program Pengurusan Kewangan dan Insurans Perlindungan Diri kepada Pegawai dan Anggota IPD Jempol .Penceramah En . Samsul Syahrum Bin Samsuri dan  Pn.Nurul Hidayahtulrahmah Binti Maitin dari Insurans Takaful Keluarga dijemput untuk mentaklimatkan kepentingan pengurusan kewangan dan insurans perlindungan diri kepada seramai 57 orang yang terdiripada Pegawai dan Anggota Polis . Taklimat tersebut adalah untuk memberi pendedahan tentang kepentingan insurans bagi melindungi diri sendiri dan keluarga dari perkara-perkara yang tidak diingini dan tidak dapat dielakkan seterusnya mentaklimatkan manfaat insurans selepas kematian akan menggantikan pendapatan keluarga dan juga membantu keluarga dalam menangani keperluan kewangan yang lain. Matlamat kewangan jangka panjang jika sesuatu berlaku perkara yang tidak diingini. Manakala  kelebihan insurans a...

Program Derma Darah IPD Jempol

Image
Program Derma Darah Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol Jempol ,17 Jun 2020,  Ibupejabat Polis Daerah Jempol dengan kerjasama Hospital Tuanku Ampuan Najihah,Kuala Pilah  telah menganjurkan Program Derma Darah IPD Jempol bertempat di Distress Room IPD Jempol. Tujuan program ini diadakan untuk membantu menambah bekalan darah dan memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi di hospital.Seramai 30 orang telah hadir untuk membuat saringan tetapi hanya 23 orang sahaja yang memenuhi syarat yang ditetapkan untuk menderma darah. Pelaksanaan program sebegini dapat merapatkan silaturahim dan kolaborasi antara agensi disamping dapat bantu  membantu antara  jabatan  berkenaan. #ibupejabatpolisdaerahjempol #polisdanmasyarakatberpisahtiada #programdermadarahipdjempol #Admin

Kejayaan Narkotik IPD Jempol tangkapan Dadah

Image
 Kejayaan Narkotik IPD Jempol - Tangkapan Dadah  15 Jun  2020, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibupejabat Polis  Daerah Jempol telah menjalankan satu operasi khas Op Tapis di Felda Palong 4, Gemas, Negeri Sembilan. Dalam operasi khas ini, satu lokasi pengedaran  dadah jenis heroin disebuah rumah di Felda tersebut telah diserbu oleh  pasukan Narkotik ini.  Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Supt Mohd Khairiel bin Mohd Arif, rumah ini digempur sekitar jam 0010 hrs oleh sepasukan anggota Narkotik yang diketuai oleh  Pegawai Risikan dan Operasi, Insp Mohd Rizwadie bin Abdullah Bukhari.  Operasi ini telah berjaya menangkap 1 orang tokan dadah yang berumur 41 tahun menjadikan lokasi itu sebagai tempat mengedar  dadah di kawasan tersebut. Subjek yang ketika itu sedang berada diatas motosikal cuba melarikan diri dengan bergelut dengan pasukan serbuan tetapi akhirnya berjaya ditangkap. Supt Mohd Khairiel bin Mohd Arif juga berkata dalam Opera...

Kunjungan hormat IPD Jempol ke atas Undang Luak Johol

Image
Kunjungan Hormat Daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol Kepada YTM Dato' Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan  Dato Haji Muhammed Bin Haji Abdullah Undang Luak Johol Jempol 15 jun 2020, Satu  kunjungan hormat daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol yang diketuai oleh YDH Supt Mohd Khairiel bin Mohd arif Ketua Polis Daerah Jempol dan Pengerusi Perkep IPD Jempol Ybhg Pn Safinaz binti Muhamad Yusuf kepada YTM Dato' Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Dati Haji Muhammed Bin Haji Abdullah Undang Luak Johol telah diadakan di Kediaman Undang Luak Johol.Kunjungan hormat ini diadakan adalah untuk merapatkan Silaturrahim antara Pimpinan IPD Jempol bersama YTM Undang Luak Johol.Selain itu juga YDH Ketua Polis Daerah Jempol turut berkongsi pendapat mengenai beberapa permasalahan berkaitan jenayah dan  jenayah Dadah  untuk penambahbaikan cara atasinya dibawah  pentadbiran IPD Jempol di mana Jeram padang dan sesetengah Felda Palong merupakan tanah jajahan adat YTM Undang ...

Ops Benteng -PDRM Jempol

Image
Ops Benteng -PDRM Jempol

LAWATAN PPS KE SEKOLAH

Image
LAWATAN PPS KE SEKOLAH Selaras dengan pengumuman Kementerian Pelajaran Malaysia bahawa Sekolah akan dibuka untuk pelajar peperiksaan utama ,pihak PDRM Jempol telah mengarahkan Pegawai Perhubungan Sekolah untuk membuat lawatan ke sekolah sekolah yang telah ditetapkan sebelum mulanya sesi persekolahan pada 24 Jun 2020 ini.Lawatan PPS ini adalah bagi menunjukkan kehadiran PPS (PDRM) di sekolah yang ditugaskan.  Disamping PPS dapat memberi penerangan kepada  pentadbiran sekolah tentang SOP persekolahan semasa PKPP ini.Lawatan sebegini perlu dikerapkan agar dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara PDRM dan pihak sekolah. PPS disarankan memberi cadangan dan pendapat kepada pihak sekolah untuk sentiasa memberi pendedahan dan maklumat berkaitan Covid 19 kepada pelajar dan memaklumkan kepada sekolah supaya sentiasa mematuhi SOP semasa di sekolah dalam tempoh pendemik ops covid 19 yang dikhuatiri oleh semua . #kita jaga kita #cegah covid19 #polis dan masyarakat berpisah tiada.

Mesyuarat Mingguan Balai Polis Sg.Lui

Image
Ketua Polis Balai Sg Lui Haron Bin Mohd Ali  mengatur  mesyuarat ini adalah bagi menyampaikan arahan-arahan atasan kepada  anggota dibawah pentadbirannya.disamping memastikan semua anggota dibawah seliaannya mematuhi dan mengikut arahan yang telah ditetapkan dan sentiasa memberi kerjasama dan komitmen dalam membanteras kegiatan dadah dan jenayah yang berlaku di kawasan tadbiran Balai masing- masing.  Perjumpaan sebegini jugak dilihat memberi kesan positif kepada semua peringkat dan sekaligus eratkan silaturahim dan semangat setiakawan dan tingkatkan usaha kerja berpasukan.Disamping itu dapat membentuk anggota yang mempunyai masalah salahlaku dengan mendampingi mereka dan memberi sokongan moral supaya mereka dapat perbaik diri mereka. #kitajagakita #cegahcovid19 #polisdanmasyarakatberpisahtiada

Mesyuarat Mingguan Balai Polis Aye Hitam

Image
Diambil oleh Ketua Polis Balai Ayer Hitam   SM Abu Bakar Bin Ibrahim mengatur  mesyuarat ini adalah bagi menyampaikan arahan-arahan atasan kepada  anggota dibawah pentadbirannya.disamping memastikan semua anggota dibawah seliaannya mematuhi dan mengikut arahan yang telah ditetapkan dan sentiasa memberi kerjasama dan komitmen dalam membanteras kegiatan dadah dan jenayah yang berlaku di kawasan tadbiran Balai masing- masing. Perjumpaan sebegini jugak dilihat memberi kesan positif kepada semua peringkat dan sekaligus eratkan silaturahim dan semangat setiakawan dan tingkatkan usaha kerja berpasukan.Disamping itu dapat membentuk anggota yang mempunyai masalah salahlaku dengan mendampingi mereka dan memberi sokongan moral supaya mereka dapat perbaik diri mereka. #kitajagakita #cegahcovid19 #polisdirajamalaysia

Mesyuarat Mingguan Balai Polis Bt Kikir

Image
 Mesyuarat Mingguan Balai Polis Bt Kikir Jempol Jempol - 11 Jun 2020 SM Abdul Karim Bin Buang iaitu Ketua Polis Balai Bt Kikir  bersama anggota dibawah tadbirannya telah bermusyawarah untuk sampaikan arahan-arahan terkini .Dalam perjumpaan tersebut juga  disampaikan arahan semasa kepada   anggota dibawah pentadbirannya.Disamping memastikan semua anggota dibawah seliaannya mematuhi dan mengikut arahan yang telah ditetapkan dan sentiasa memberi kerjasama dan komitmen dalam membanteras kegiatan dadah dan jenayah yang berlaku di kawasan tadbiran Balai masing- masing. Melalui perjumpaan sebegini juga Ketua dapat mengenalpasti anggota yang bermasalah. Dari sudut lain perjumpaan begini dilihat memberi kesan positif kepada semua peringkat dan sekaligus eratkan silaturahim dan semangat setiakawan dan tingkatkan usaha kerja  sesama anggota. #kitajagakita #cegahcovid19 #polisdanmasyarakatberpisahtiada

Ops Benteng - PDRM Jempol

Image
Jempol,11Jun- Ops Benteng ,Polis  Jempol menangkap  59  pendatang asing tanpa izin  ( PATI ) membabitkan 30 warganegara Indonesia, 20 warganegara Bangladesh dan 9 warganegara India. Kesemua PATI berkenaan ditangkap dalam operasi ops Benteng tersebut  bermula  jam 10.30 malam 11 Jun sehingga 5.30 pagi hari ini.   Penugasan Ops Benteng tersebut  membabitkan 38 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol. Tujuan operasi bagi membanteras kebanjiran PATI selain mengekang penularan wabak covid-19 membabitkan warga asing yang memasuki negara ini secara tidak sah. Kesemua tangkapan  ditahan dibawah kesalahan  Seksyen 6(1)(c)Akta Imigresen dan akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutnya.

KEJAYAAN NARKOTIK -TANGKAPAN MEMILIKI DADAH

Image
Kejayaan Narkotik IPD Jempol Pada 9 Jun  2020, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibupejabat Polis  Daerah Jempol telah menjalankan satu operasi khas Op Tapis di Felda Lui Selatan 2,  Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan. Dalam operasi khas ini, satu lokasi pengedaran  dadah jenis heroin telah diserbu oleh  pasukan khas Narkotik ini.  Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Supt Mohd Khairiel bin Mohd Arif, rumah ini digempur sekitar jam 5.00 petang oleh sepasukan anggota Narkotik yang diketuai oleh  Insp Mohd Rizwadie bin Abdullah Bukhari.  Operasi ini yang bermula sekitar pukul 3 petang  telah berjaya menangkap 1 orang tokan dadah yang berumur 38 tahun dan seorang penagih yg juga berusia 38 tahun yang menjadikan lokasi itu sebagai tempat mengedar  dadah dan menagih dadah. Supt Mohd Khairiel bin Mohd Arif juga berkata dalam Operasi ini sebanyak 67.80 gram dadah jenis heroin juga berjaya dirampas dari tokan tersebut. Nilai  rampasan adal...

Mesyuarat Mingguan Balai Polis Ladang Geddes

Image
Mesyuarat Mingguan Balai Polis Ladang Geddes Jempol - 10 Jun 2020 .Pertemuan pertama sebagai Ketua Polis Balai,SM Raja Kumar  telah mengambil taklimat Mingguan bersama anggota dibawah tadbirannya.Dalam mesyuarat tersebut disampaikan arahan- arahan semasa kepada  anggota dibawah pentadbirannya.Disamping memastikan semua anggota dibawah seliaannya mematuhi dan mengikut arahan yang telah ditetapkan dan sentiasa memberi kerjasama dan komitmen dalam membanteras kegiatan dadah dan jenayah yang berlaku di kawasan tadbiran Balai masing- masing. Melalui perjumpaan sebegini juga Ketua dapat mengenalpasti anggota yang bermasalah. Dari sudut lain perjumpaan begini dilihat memberi kesan positif kepada semua peringkat dan sekaligus eratkan silaturahim dan semangat setiakawan dan tingkatkan usaha kerja berpasukan. #kitajagakita #cegahcovid #polisdanmasyarakatberpisahtiada

Mesyuarat Mingguan Balai Polis Bandar Seri Jempol

Image
Mesyuarat Mingguan Balai Polis Bandar Seri Jempol  Jempol - 10 Jun 2020 .Pertemuan pertama sebagai Ketua Polis Balai,ASP  Mohd Asri Bin Yunus telah mengambil taklimat Mingguan bersama anggota dibawah tadbirannya.Dalam mesyuarat tersebut disampaikan arahan- arahan semasa kepada  anggota dibawah pentadbirannya.Disamping memastikan semua anggota dibawah seliaannya mematuhi dan mengikut arahan yang telah ditetapkan dan sentiasa memberi kerjasama dan komitmen dalam membanteras kegiatan dadah dan jenayah yang berlaku di kawasan tadbiran Balai masing- masing. Melalui perjumpaan sebegini juga Ketua dapat mengenalpasti anggota yang bermasalah. Dari sudut lain perjumpaan begini dilihat memberi kesan positif kepada semua peringkat dan sekaligus eratkan silaturahim dan semangat setiakawan dan tingkatkan usaha kerja berpasukan. #kitajagakita #cegahcovid #polisdanmasyarakatberpisahtiada

Lawatan Kebajikan IPD Jempol

Image
Jempol bertarikh 04/06/2020 (khamis) Polis Jempol telah mengadakan lawatan kebajikan keatas anggota di Felda Bukit Aping Timur, kota tinggi Johor.Anggota yang dilawati ialah  Kpl 129325  Suhaimi Bin Sarijo-49 tahun .Merupakan anggota yang bertugas di Balai Polis Ayer Hitam telah mengalami implikasi  sakit Buah pinggang  dan terpaksa menjalani pembedahan seterusnya hemodialisis setiap minggu . Lawatan dari IPD Jempol amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih kepada Ketua Polis Daerah Jempol dan warga IPD Jempol yang menghargainya. Semasa lawatan tersebut turut disampaikan sumbangan bantuan anak cemerlang dan bantuan bekalan barangan makanan barangan kering kepada beliau yang mana dapat meringankan beban beliau.

Latihan Jasmani Skala Kecil Balai Polis Rompin

Image
LATIHAN JASMANI SKALA KECIL  BALAI POLIS ROMPIN Jempol -04 Jun .Aktiviti riadah dan sukan merupakan satu aktiviti sihat yang patut diamalkan oleh semua golongan masyarakat Malaysia.Ketua Polis  Balai Polis  Rompin telah mengambil langkah produktif dengan mengaturkan aktiviti amalan gaya hidup.Disamping aturan program tersebut sesama anggota dapat eratkan silaturrahim dan mengamalkan gaya hidup sihat . #stayathome #cegahcovid #editor