Taklimat Pengurusan Kewangan (AKPK)

Taklimat Pengurusan Kewangan (AKPK)

7 Julai 2020- IPD Jempol melalui cawangan Latihan telah aturkan taklimat pengurusan kewangan daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kewangan (AKPK) .
Taklimat tersebut telah dihadiri seramai 69 peserta yang terdiri daripada kalangan Pegawai Kanan dan anggota pelbagai pangkat.Taklimat tersebut disampaikan oleh Pegawai AKPK iaitu  En. Ahmad Muslihuddin Roslan dan En.Muhammad Nadzri Ahmad Zaki .Melalui taklimat ini peserta mengambil peluang membuat pendaftaran CCRIS dan ada yang mendaftar dengan AKPK untuk penstrukturan semula kewangan selain sesi Kaunseling.
Tujuan utama taklimat ini  adalah bagi memastikan peserta mendapat khidmat nasihat dari agensi kaunseling dan pengurusan kredit (AKPK) berkaitan pengurusan kewangan dan tahu  pengurusan wang dan juga tips menggunakan kredit dengan penuh bertanggungjawab untuk masa depan yang lebih baik.Kesimpulannya apa yang peserta dapat dari taklimat tersebut ialah perancangan kewangan peribadi adalah penting kerana ia memberikan ketenangan fikiran, jaminan masa depan dan kualiti hidup yang lebih baik.Para peserta menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada IPD Jempol yang menganjurkan program tersebut yang mana memberi impak positif kepada yang terlibat.

#polisdanmasyarakatberpisahtiada
#kitajagakita


Comments

Popular posts from this blog

Pemeriksaan A117 Balai Polis BSJ dan Pondok Polis Mahsan

D221 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jempol

Riadah Terancang larian 2.4 KM