Lawatan A117 Balai Polis Bandar Seri Jempol

Lawatan dan pemeriksaan Balai di bawah PTKPN A117 Balai Polis Bandar Seri Jempol

3 Julai 2020,Jempol- Lawatan dan pemeriksaan balai di bawah PTKPN A117 Balai Polis Bandar Seri Jempol telah dihadiri oleh seramai 8 orang pegawai kanan dan 2 anggota dari pelbagai bahagian dan cawangan.Turut sama dalam Pemeriksaan tersebut ialah DSP Mohd Hafiz bin Muhamad Nor -Timbalan Ketua Polis Daerah Jempol yang mana beliau sendiri telah mengambil ujian latihan kawad semasa pemeriksaan tersebut.Objektif dan pemeriksaan adalah untuk memastikan dokumen,buku dan aset kerajaan diselenggara dengan baik dan di kemaskini mengikut PTKPN yang sepatutnya.Semasa lawatan tersebut anggota balai berkenaan telah diuji dengan latihan kawad yang mana bagi memastikan semua anggota tahu memberi kata perintah dalam pergerakan kawad .Semasa lawatan tersebut juga turut disampaikan dan dikongsi bersama beberapa teguran dan nasihat untuk penambahbaikan pengurusan dan aset balai . Beberapa teguran dan panduan telah diberikan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah dan pegawai pemeriksa lain supaya ada penambahbaikan dimasak akan datang.
Sepanjang lawatan dan pemeriksaan tersebut mendapat kerjasama yang baik dari Ketua Polis Balai dan semua anggota .

#kitajagakita
#polissediaberkhidmat




Comments

Popular posts from this blog

Pemeriksaan A117 Balai Polis BSJ dan Pondok Polis Mahsan

D221 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jempol

Riadah Terancang larian 2.4 KM