Latihan Dalam Perkhidmatan CPR
LDP Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) DAN CARA MENGHADAPI KEADAAN KECEMASAN
03 Julai 2020 -Jempol seramai 28 peserta terdiri daripada pegawai kanan dan anggota IPD Jempol telah hadir Latihan Dalam Perkhidmatan yang dianjurkan oleh Cawangan Latihan IPD Jempol yang bertajuk CPR dan menghadapi keadaan kecemasan.Kursus yang diadakan di dewan IPD Jempol telah dibawakan penceramah dari pasukan sahabat iaitu dari Jabatan Bomba dan penyelamat Seremban iaituTn.PBT II Mohd Ikram Bin Ibrahim dan 3 lagi penceramah lain .LDP ini dijalankan adalah untuk memberi penerangan berkaitan tatacara CPR dan cara menghadapi keadaan kecemasan.
CPR merangkumi penilaian dan bantuan asas yang melibatkan bukaan salur pernafasan, bantuan pernafasan, bantuan peredaran darah melalui tekanan dada dan pengurusan mangsa tercekik oleh benda asing,serta cara menstabilkan emosi mangsa semasa membantu mangsa supaya mangsa kekal bertenang bagi mengawal degupan jantung mangsa.Slot yang mendapat perhatian adalah
langkah - langkah CPR bagi orang dewasa, kanak - kanak dan bayi. Cara rawatan selepas mangsa pulih dari tidak sedarkan diri.Peserta juga diberi peluang mengenali bentuk - bentuk alat bantuan kecemasan serta fungsinya.
Peserta sangat menghargai program yang dianjurkan oleh Pihak IPD Jempol yang mana banyak memberi input kepada peserta.
,#kitajagakita
#stayathome
#polisdanmasyarakatberpisahtiada
Comments
Post a Comment