Majlis serah terima tugas dan penyampaian sijil APC
1 Julai 2020 - Jempol- Bertempat di Bilik Mesyuarat Balai Polis Ayer Hitam telah diadakan majlis serah terima tugas Ketua Bahagian Pengurusan dan penyampaian sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang .
Majlis serah terima tugas Ketua Bahagian Pengurusan IPD Jempol adalah antara ASP Faizal Azwan Bin Osman menyerah tugas kepada Insp Sarah Bt Oli Mohamed disaksikan oleh YDH Supt Mohd Khairiel Bin Mohd Arif- Ketua Polis Daerah Jempol. Majlis tersebut juga turut dihadiri oleh DSP Mohd Hafiz Bin Muhammad Nor-Timb Ketua Polis Daerah Jempol, Ketua-ketua Bahagian,Pegawai-pegawai kanan, Ketua Polis Balai di Daerah Jempol,anggota pengurusan dan penerima-penerima APC .
Majlis yang disusun berjalan dengan lancar dengan dan mendapat kerjasama dan sokongan penuh dari semua bahagian dan anggota .IPD Jempol mengucapkan selamat maju jaya kepada ASP Faizal Aswan Bin Osman serta syabas dan tahniah kepada semua penerima APC 2019. Semoga terus maju jaya.
#polissediaberkhidmat
#apcpdrmjempol
Comments
Post a Comment