Program lawatan dan Pemantauan PPS sempena hari pembukaan sekolah

PROGRAM LAWATAN DAN PEMANTAUAN PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH (PPS) SEMPENA HARI PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH

15 Julai 2020 (Rabu) - Pegawai dan anggota PDRM IPD Jempol seramai 134 PPS  membuat Lawatan dan pemantauan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di sekolah-sekolah Menengah  dalam Daerah Jempol pada hari pembukaan semula beberapa  kelas menengah  dalam tempoh PKPP   pagi tadi setelah hampir 4 bulan sekolah ditutup susulan pandemik  PPS pada Covid-19.Lawatan hari ini melibatkan keatas 67 buah sekolah di Daerah Jempol.

Program Lawatan dan pemantauan telah dijalankan bagi memastikan keseluruhan garis panduan pembukaan sekolah diimplikasikan dalam setiap Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi memastikan pelaksanaan norma baru berjaya dilaksanakan.

Selain dapat mewujudkan komunikasi dua hala diantara pihak sekolah dan PDRM dalam memastikan SOP pengurusan pembukaan sekolah ini berjaya diwujudkan, program ini juga dapat membina kerjasama erat antara pihak PDRM, pihak Sekolah dan juga Pejabat Pendidikan Daerah.

#ibupejabatpolisdaerahjempol
#PolisDanMasyarakatBerpisahTiada
#lawatanpps


Comments

Popular posts from this blog

Pemeriksaan A117 Balai Polis BSJ dan Pondok Polis Mahsan

D221 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jempol

Riadah Terancang larian 2.4 KM