Posts

Showing posts from July, 2020

Solat dan Ibadah korban IPD Jempol

Image
Solat Aidiladha dan Program Korban di IPD Jempol. 31 Julai 2020 - Mematuhi SOP PKPP adalah satu perkara yang dititikberatkan oleh  IPD Jempol semasa melaksanakan program ibadah korban di surau IPD Jempol. Program yang mendapat sokongan penuh dari Ketua Polis Daerah Jempol sekeluarga telah memberi galakan dan semangat kerjasama kepada  semua warga IPD Jempol.Program korban di surau IPD Jempol kali ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dari semua warga IPD Jempol dan ramai golongan yang disasarkan seperti fakir miskin mendapat infak barakah dari hasil korban yang diagihkan.Warga IPD Jempol mengucapkan terima kasih kepada Ketua Polis Daerah Jempol sekeluarga dan kepada semua penyumbang bahagian Korban dimajlis tersebut. #salamaidiladha #silaturahim 

LDP- Tatacara Pengambilan Air Kencing

Image
LDP- Tatacara Pengambilan Air Kencing 30 Julai 2020 - Bahagian Sisatan Jenayah Narkotik IPD Jempol dengan kerjasama Bahagian Pengurusan telah aturkan Latihan Dalam Perkhidmatan(LDP) berkaitan Tatacara Pengambilan Air Kencing di Bilik Maklumat Balai Polis Ayer Hitam.LDP tersebut telah dihadiri seramai 25 anggota dari Bahagian dan Balai.LDP disampaikan oleh SI Idris Bin Yan - Penolong Pegawai Penyiasat Bahagian Narkotik. Antara yang disampaikan ialah kuasa mengambil contoh spesimen air kencing. Tatacara mengambil contoh spesimen air kencing.   Mengiringi OKT untuk pungutan air kencing. Cara untuk menentukan botol-botol air kencing OKT tidak bertukar dan  pengawasan bagi menentukan keselamatan botol dan melabel serta  pengesahan butir-butir pada label. Dalam taklimat tersebut juga diterangkan kepada peserta tatacara penghantaran contoh air kencing ke hospital dan  Penyerahan botol spesimen air kencing untuk tujuan analisa serta prosedur dapat kan  keputusan uj...

Kunjungan hormat KPD Jempol ke JPJ Jempol

Image
Kunjungan hormat   YDH Ketua Polis Daerah Jempol Bersama Ketua Cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan Jempol Jempol -29 Julai 2020 Ketua Polis Daerah Jempol telah membuat kunjungan hormat  ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan cawangan Jempol Ketibaan YDH  SUPT.Mohd Khairiel bin Mohd Arif-Ketua Polis Daerah Jempol telah disambut oleh ketua Cawangan JPJ Jempol Tn. Rohaizat bin  Jamil dan Ketua Bahagian  Pelesenan Kenderaan dan Pemandu Tn Mohd Nazri Bin Saleh serta kakitangan cawangan tersebut .Kunjungan ini bertujuan untuk  merapatkan silaturrahim antara pucuk pimpinan IPD Jempol bersama Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan Cawangan Jempol.Selain itu juga dua agensi ini dapat  membincangkan berkaitan beberapa aspek Penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh  Jabatan Pengangkutan Jalan yang boleh dikolaborasi bersama.Lawatan sebegini juga adalah bagi   meningkatkan  penyampaian perkhidmatan supaya lebih efektif dan produktif dalam menguatk...

Pemeriksaan rekod CCRIS IPD Jempol

Image
PEMERIKSAAN SISTEM CCRIS DAN SESI KAUNSELING 27 Julai 2020-Bertempat di  Perkarangan Balai Polis Bandar Seri Jempol, seramai 13 Pegawai Kanan, 190 Anggota, dan 17 Pegawai Awam IPD Jempol telah menghadiri sesi pemeriksaan sistem CCRIS dan sesi kaunseling yang dikelolakan oleh Pegawai AKPK iaitu Puan Rosnani binti Ali dan dua orang pembantu iaitu Puan Siti Haseeza binti Mohd Hasnan dan Encik  Muhammad Fikri bin Yunos.  Semakan CCRIS dan sesi kaunseling ini adalah bertujuan untuk memastikan peserta mendapat khidmat nasihat dari agensi kaunseling dan pengurusan kredit (AKPK) berkaitan pengurusan kewangan.Sesi tersebut dibacakan sesi one to one session dan segala maklumat akan dirahsiakan dalam sesi tersebut. Dalam masa yang sama, individu boleh mendapat pendidikan kewangan untuk kemahiran asas pengurusan wang dan juga tips menggunakan kredit secara bertanggungjawab. Selain itu, individu juga boleh mendapat kaunseling secara peribadi dan nasihat untuk pengurusan kewangan yang ...

Ops Sepadu Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan daerah Jempol

Image
Ops Sepadu Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan di Daerah Jempol 25 Julai 2020- Jempol-PDRM Jempol berkolaborasi dengan  Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM)Jabatan Penerangan,Majlis Perbandaran Jempol(MPJL) dan RELA telah membuat Ops Sepadu Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Covid 19 Daerah Jempol di sekitar pentadbiran Bahau. Turut serta dalam Ops tersebut ialah YDH Suprintendan Mohd Khairiel bin Mohd Arif -Ketua Polis Daerah Jempol dan YM Raja Norazli bin Raja Nordin -YDP Majlis Perbandaran Jempol.Tinjauan dan pemeriksaan dibuat keatas beberapa premis pengusaha makanan dan pasaraya yang terdapat di Jempol dan keatas beberapa pasar awam yang utama .Sepanjang Ops tersebut sebanyak 2 Kompaun telah dikeluarkan oleh KKM dan MPJL atas kegagalan mematuhi SOP PKPP .Objektif langkah pencegahan adalah bagi menangani penularan wabak Covid 19 dalam Daerah Jempol dan dalam masa yang sama memastikan semua premis dalam daerah Jempol mengikut SOP yang telah digariskan oleh M...

Riadah Terancang IPD Jempol

Image
Aktiviti Riadah Terancang  24 Julai 2020 - Perkarangan IPD Jempol ,seramai 68 yang terdiri kalangan pegawai, anggota dan kakitangan awam IPD Jempol telah meluangkan masa mengikuti riadah terancang yang dianjurkan oleh cawangan Latihan Bahagian Pengurusan IPD Jempol. Aktiviti Riadah terancang yang dijalankan pada petang ini adalah aktiviti 10 ribu langkah yang menggunakan trek laluan sekitar Bandar seri Jempol dan kembali semula ke IPD Jempol.Aktiviti tersebut adalah bagi  menggalak dan mewujudkan peluang dan kemudahan mempertingkatkan kemahiran dan kecemerlangan individu dalam sukan di semua peringkat.Selain itu sebagai suntikan  semangat persaingan yang sihat dan muhibah melalui sukan di kalangan individu aktiviti sebegini juga dapat memupuk semangat kesukanan dan membudayakan aktiviti sukan dikalangan warga IPD  terancaJempol.Riadah terancang ini adalah program yang dilakukan secara berterusan setiap minggu selaras dengan arahan pucuk pimpinan melahirkan pegawai PD...

Lawatan A117 oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan ke Balai Polis Ayer Hitam

Image
Lawatan YDH Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan   sempena  pemeriksaan   PTKPN A117 Balai Polis Ayer Hitam . 23 Julai 2020,Jempol- Lawatan dan pemeriksaan balai di bawah PTKPN A117 Balai Polis Ayer Hitam dihadiri oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC Che Zakaria Bin Othman .Pemeriksaan tersebut turut mendapat perhatian dengan kehadiran Ketua Jabatan Pengurusan- Suprintendan Haslah bte Bachok dan Ketua Polis Daerah Jempol - Suprintendan Mohd Khairiel Bin Mohd Arif . Skop pemeriksaan melitupi pemeriksaan ujian  kawad,pengurusan dokumen dan penyelenggaraan senjatapi dan aset kerajaan  berada didalam baik  Pemeriksaan yang dijalankan oleh seramai 8 pegawai kanan dari IPK Negeri Sembilan berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang baik dari semua .Semasa lawatan tersebut juga turut disampaikan dan dikongsi bersama beberapa teguran dan nasihat untuk penambahbaikan pengurusan dan aset balai . Beberapa teguran dan panduan telah diberik...

LDP - Akta Rahsia Rasmi

Image
LDP- Akta Rahsia Rasmi 22 Julai 2020 - Jempol - Cawangan Khas IPD Jempol telah mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) bertajuk Akta Rahsia Rasmi 1972. Taklimat berkaitan telah disampaikan oleh Insp Noorizzuddin Bin Mohamad Noor  dari Cawangan Khas IPD Jempol dan telah dihadiri seramai 26 peserta. Tujuan utama LDP ini dijalankan adalah untuk memberitahu bagaimana  penjagaan rahsia Kerajaan dan maklumat-maklumat terperingkat merupakan suatu bentuk arahan yang telah sedia termaktub dalam Arahan Keselamatan. Dalam masa yang sama, peserta diingatkan supaya menjaga dokumen/ maklumat terperingkat Kerajaan agar tidak dibocorkan, didedahkan, disebarkan, disiarkan dan disampaikan kepada pihak-pihak lain dengan apa-apa cara sekalipun. Sebagai contoh menggunakan telefon bimbit untuk mengambil gambar surat rasmi jabatan yang merupakan dokumen terperingkat dan kemudiannya diedarkan melalui aplikasi whatsapp kepada pihak luar. Perbuatan membocorkan rahsia Kerajaan bukan sahaja boleh men...

Taklimat Myangkasa Amanah Berhad - Wasiat

Image
TAKLIMAT MyANGKASA AMANAH BERHAD-WASIAT  21 Julai 2020 - IPD Jempol N.Sembilan aturkan satu taklimat  dari My- angkasa Amanah Berhad bertajuk Wasiat. Taklimat tersebut diadakan di Bilik mesyuarat Balai Polis Ayer Hitam dan disampaikan oleh penceramah jemputan dari Myangkasa Amanah Berhad iaitu En. Norsyah Bin Sharipuddin. Taklimat dihadiri seramai 40 peserta pelbagai pangkat .Taklimat tersebut dapat  membantu peserta  menguruskan harta pusaka secara teratur dan sah menurut undang - undang dan hukum syara' yang dilakukan sebelum seseorang itu meninggal dunia.Dalam masa yang sama peserta dapat melantik pentadbir bagi menguruskan segala aset - aset yang diperolehi dan mengelakkan perbalahan keluarga selepas seseorang itu meninggal dunia . Dalam masa yang sama dapat melantik penjaga harta untuk waris - waris di bawah umur dan yang kurang upaya dan mempercepatkan proses perundangan dan pembahagian harta kepada waris faraid.Kesimpulannya taklimat sebegini dapat membantu pe...

Program Gotong Royong Perdana Balai Polis Ayer Hitam

Image
Program Gotong Royong Perdana  21Julai 2020- Balai Polis Ayer Hitam Jempol telah mengadakan program gotong royong  Perdana melibatkan persekitaran Balai Polis Ayer Hitam  dan Pondok Polis Serting Hilir Kompleks.Gotong royong tersebut diadakan bagi persediaan lawatan A117 Balai Polis tersebut yang akan dihadiri oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan dan beberapa ketua  panel dari pelbagai Jabatan PDRM IPK NS pada 23 Julai 2020.Gotong Royong yang dihadiri seramai 50 anggota  tersebut dipecahkan kepada beberapa grup untuk agihan pembahagian tugasan untuk membersihkan kawasan persekitaran. Dengan program sebegini kita dapat membersihkan kawasan Balai dan Pondok sekaligus mengelakkan jangkitan pelbagai penyakit .Semua anggota memberikan kerjasama yang baik  dalam melaksanakan program tersebut . #polisdanmasyarakatberpisahtiada #kitajagakita

Taklimat E-Census

Image
Taklimat E-Census 20 Julai 2020 - IPD Jempol telah aturkan satu taklimat penting berkaitan e-census di Dewan IPD Jempol.Taklimat tersebut telah  diberi oleh Pn.Hartini Binti Yaacob  dari Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sembilan.Kuarters perumahan IPD Jempol merupakan Kuarters perumahan yang terpilih untuk sistem E-census pada kali ini dan untuk menjayakan program tersebut,taklimat berkaitan e-census telah   dihadiri seramai 55 peserta yang terdiri dari kalangan Pegawai Kanan dan Anggota IPD Jempol .Taklimat tersebut adalah bertujuan mengumpul  maklumat penduduk melalui kiraan yang dilakukan secara berkala dan merupakan jumlah rasmi penduduk sesuatu  kesimpulkawasan.Secaraannya program sebegini akan menjadi input perancangan pembangunan negara termasuk pengagihan perkapasiti seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan menjadi input penanda aras baru dalam penyediaan indikator sosio-ekonomi.Para peserta diberi peluang menjawab  soal selidik secara a...

MENYANTUNI NILAI MURNI

Image
*MENYANTUNI NILAI MURNI* *MAJLIS BACAAN YAASIN, TAHLIL ARWAH & DOA SELAMAT DI BAHAGIAN JENAYAH*  17 Julai 2020 -  Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) IPD Jempol  telah mengadakan majlis bacaan yassin,tahlil Arwah dan doa selamat di Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jempol .Majlis yang mulia tersebut telah dihadiri semua peringkat pegawai kanan dan anggota dari bahagian tersebut . BAKA IPD Jempol sentiasa peka dalam Berkongsi ilmu agama ke semua bahagian dan Balai- balai di bawah pentadbiran IPD Jempol yang dijalankan mengikut pusingan jadual yang telah diatur. Program sebegini sebenarnya adalah satu pendekatan murni yang boleh mengeratkan silaturahim disamping  meningkatkan lagi ilmu agama dan memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Pendidikan agama tidak terbatas di peringkat awal anak- anak malah patut diteruskan sehingga ke peringkat usia yang lebih dewasa. Semoga program sebegini dapat diteruskan dan memberi manfaat positif kepada semua. #bakaipdjempol #ilmuag...

LDP - PPS dan PPM

Image
Latihan Dalam Perkhidmatan-PPS dan PPM 16 Julai 2020 ( Khamis ),satu Latihan dalam Perkhidmatan elemen BPJKK bertajuk Pegawai Perhubungan Sekolah ( PPS )dan Pegawai Perhubungan Masjid( PPM) telah diadakan di bilik gerakan IPD Jempol. LDP tersebut disampaikan oleh ASP G/16347 Muhammad kalid bin Muhamed Yahaya-Ketua Bahagian PJKKD IPD Jempol dan dihadiri seramai 25 peserta dari  kalangan PPS dan PPM.Tujuan LDP ini dijalankan adalah  untuk memberi penerangan bagaimana tugas Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS),yang terdiri daripada pegawai dan anggota polis diminta melakukan kunjungan ke sekolah sekurang-kurangnya sebulan 2 kali bagi memberi nasihat berkaitan kepolisan kepada pelajar dan kehadiran polis mampu mengurangkan kes-kes disiplin dan jenayah dalam kalangan pelajar. Manakala pegawai dan anggota polis yang dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Masjid (PPM) pula  diwajibkan datang ke masjid untuk bertemu dengan pihak pengurusan masjid dua kali sebulan yang mana  bertu...

Lawatan dan pemeriksaan PTKPN A117

Image
Lawatan dan pemeriksaan Balai di bawah PTKPN A117 Balai Polis Ayer Hitam  16 Julai 2020,Jempol- Lawatan dan pemeriksaan balai di bawah PTKPN A117 Balai Polis Ayer Hitam  telah dihadiri oleh seramai 6 orang pegawai kanan dan 5 anggota dari pelbagai bahagian dan 2 KTA IPD Jempol . Pemeriksaan tersebut diketuai oleh ASP Azhar Bin Abu Hashim - Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Jempol yang mana beliau  telah mengambil ujian latihan kawad semasa pemeriksaan tersebut.Objektif dan pemeriksaan adalah untuk memastikan dokumen,buku dan aset kerajaan diselenggara dengan baik dan di kemaskini mengikut PTKPN yang sepatutnya.Semasa lawatan tersebut anggota balai berkenaan telah diuji dengan latihan kawad yang mana bagi memastikan semua anggota tahu memberi kata perintah dalam pergerakan kawad .Semasa lawatan tersebut juga turut disampaikan dan dikongsi bersama beberapa teguran dan nasihat untuk penambahbaikan pengurusan dan aset balai . Beberapa teguran dan panduan telah d...

Program lawatan dan Pemantauan PPS sempena hari pembukaan sekolah

Image
PROGRAM LAWATAN DAN PEMANTAUAN PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH (PPS) SEMPENA HARI PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH 15 Julai 2020 (Rabu) - Pegawai dan anggota PDRM IPD Jempol seramai 134 PPS  membuat Lawatan dan pemantauan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di sekolah-sekolah Menengah  dalam Daerah Jempol pada hari pembukaan semula beberapa  kelas menengah  dalam tempoh PKPP   pagi tadi setelah hampir 4 bulan sekolah ditutup susulan pandemik  PPS pada Covid-19.Lawatan hari ini melibatkan keatas 67 buah sekolah di Daerah Jempol. Program Lawatan dan pemantauan telah dijalankan bagi memastikan keseluruhan garis panduan pembukaan sekolah diimplikasikan dalam setiap Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi memastikan pelaksanaan norma baru berjaya dilaksanakan. Selain dapat mewujudkan komunikasi dua hala diantara pihak sekolah dan PDRM dalam memastikan SOP pengurusan pembukaan sekolah ini berjaya diwujudkan, program ini juga dapat membina kerjasama erat antara pihak PDRM, pi...

Tangkapan Narkotik Ops Tapis

Image
Tangkapan Narkotik Ops Tapis  14 Julai  2020, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibupejabat Polis  Daerah Jempol telah menjalankan satu operasi Op Tapis di kawasan Kebun Kelapa Sawit  Batu 38, Serting Tengah, Batu Kikir, NS.Dalam operasi ini, seorang lelaki Melayu berusia 40 tahun telah ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah dikawasan tersebut.Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Supt Mohd Khairiel bin Mohd Arif, lokasi ini ini diserbu sekitar jam 6 .00 petang oleh sepasukan anggota Narkotik yang diketuai oleh Pegawai Risikan, Operasi dan Tahanan BSJND,  Sub Insp Idris Bin Yan. Supt Mohd Khairiel bin Mohd Arif juga berkata subjek ditangkap ketika dipercayai sedang menunggu penagih datang untuk mendapatkan bekalan dadah di lokasi tersebut. Subjek yg sedang diduk diatas motosikalnya cuba melarikan diri tetapi berjaya ditangkap. Dalam operasi ini polis berjaya merampas 3 paket plastik berisi bahan disyaki dadah heroin seberat 34.90 gram dan ...

Taklimat Pengurusan Kewangan (AKPK)

Image
Taklimat Pengurusan Kewangan (AKPK) 7 Julai 2020- IPD Jempol melalui cawangan Latihan telah aturkan taklimat pengurusan kewangan daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kewangan (AKPK) . Taklimat tersebut telah dihadiri seramai 69 peserta yang terdiri daripada kalangan Pegawai Kanan dan anggota pelbagai pangkat.Taklimat tersebut disampaikan oleh Pegawai AKPK iaitu  En. Ahmad Muslihuddin Roslan dan En.Muhammad Nadzri Ahmad Zaki .Melalui taklimat ini peserta mengambil peluang membuat pendaftaran CCRIS dan ada yang mendaftar dengan AKPK untuk penstrukturan semula kewangan selain sesi Kaunseling. Tujuan utama taklimat ini  adalah bagi memastikan peserta mendapat khidmat nasihat dari agensi kaunseling dan pengurusan kredit (AKPK) berkaitan pengurusan kewangan dan tahu  pengurusan wang dan juga tips menggunakan kredit dengan penuh bertanggungjawab untuk masa depan yang lebih baik.Kesimpulannya apa yang peserta dapat dari taklimat tersebut ialah perancangan kewangan peribadi a...

Majlis serah terima tugas dan penyampaian sijil APC

Image
1 Julai 2020 - Jempol- Bertempat di Bilik Mesyuarat Balai Polis Ayer Hitam telah diadakan  majlis serah terima tugas Ketua Bahagian Pengurusan dan penyampaian sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang . Majlis serah terima tugas Ketua Bahagian Pengurusan IPD Jempol adalah antara ASP Faizal Azwan Bin Osman menyerah tugas kepada Insp Sarah Bt Oli Mohamed  disaksikan oleh YDH Supt Mohd Khairiel Bin Mohd Arif- Ketua Polis Daerah Jempol. Majlis tersebut juga turut dihadiri oleh DSP Mohd Hafiz Bin Muhammad Nor-Timb Ketua Polis Daerah Jempol, Ketua-ketua Bahagian,Pegawai-pegawai kanan, Ketua Polis Balai di Daerah Jempol,anggota pengurusan dan penerima-penerima APC . Majlis yang disusun berjalan dengan lancar dengan dan mendapat kerjasama dan sokongan penuh dari semua bahagian dan anggota .IPD Jempol mengucapkan selamat maju jaya kepada ASP Faizal Aswan Bin Osman serta syabas dan tahniah kepada semua penerima APC 2019. Semoga terus maju jaya. #polissediaberkhidmat #apcpdrmjempol

Lawatan A117 Balai Polis Bandar Seri Jempol

Image
Lawatan dan pemeriksaan Balai di bawah PTKPN A117 Balai Polis Bandar Seri Jempol 3 Julai 2020,Jempol- Lawatan dan pemeriksaan balai di bawah PTKPN A117 Balai Polis Bandar Seri Jempol telah dihadiri oleh seramai 8 orang pegawai kanan dan 2 anggota dari pelbagai bahagian dan cawangan.Turut sama dalam Pemeriksaan tersebut ialah DSP Mohd Hafiz bin Muhamad Nor -Timbalan Ketua Polis Daerah Jempol yang mana beliau sendiri telah mengambil ujian latihan kawad semasa pemeriksaan tersebut.Objektif dan pemeriksaan adalah untuk memastikan dokumen,buku dan aset kerajaan diselenggara dengan baik dan di kemaskini mengikut PTKPN yang sepatutnya.Semasa lawatan tersebut anggota balai berkenaan telah diuji dengan latihan kawad yang mana bagi memastikan semua anggota tahu memberi kata perintah dalam pergerakan kawad .Semasa lawatan tersebut juga turut disampaikan dan dikongsi bersama beberapa teguran dan nasihat untuk penambahbaikan pengurusan dan aset balai . Beberapa teguran dan panduan telah diberikan o...

Ops Motosikal bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik IPD Jempol

Image
Ops Motosikal bahagian Siasatan penguatkuasaan Trafik IPD Jempol 1 Julai 2020,Jempol Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik IPD Jempol telah melaksanakan Op Motosikal sekitar pentadbiran Jempol .Ops tersebut melibatkan penugasan seramai 1 pegawai dan 7 anggota dari bahagian Trafik .Sepanjang ops tersebut sebanyak 42 individu telah diperiksa ,sebanyak 34 kenderaan dan 34 saman keatas pelbagai kesalahan telah dikeluarkan.Operasi yang dijalankan ini adalah untuk  menguatkuasa undang-undang jalan raya dikawasan Bandar Seri Jempol dan sebagai salah satu langkah mencegah kemalangan jalan raya khususnya yang melibatkan penunggang motosikal.Justeru diingatkan  pihak polis akan bertindak tegas terhadap mana-mana penunggang motosikal yang melanggar undang-undang dan ibu bapa juga dinasihatkan agar memantau kegiatan anak-anak mereka daripada melakukan perbuatan  tidak bermoral dan salah laku lalulintas yang boleh mengakibatkan kehilangan nyawa. #ibupejabatpolisdaerahjempol #PolisDa...

Latihan Dalam Perkhidmatan CPR

Image
LDP Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) DAN CARA MENGHADAPI KEADAAN KECEMASAN 03 Julai 2020 -Jempol seramai 28 peserta terdiri daripada pegawai kanan dan anggota IPD Jempol telah hadir Latihan Dalam Perkhidmatan yang dianjurkan oleh Cawangan Latihan IPD Jempol yang bertajuk CPR dan menghadapi keadaan kecemasan.Kursus yang diadakan di dewan IPD Jempol telah dibawakan penceramah dari pasukan sahabat iaitu dari Jabatan Bomba dan penyelamat Seremban iaituTn.PBT II Mohd Ikram Bin Ibrahim dan 3 lagi penceramah lain .LDP ini dijalankan adalah untuk memberi penerangan berkaitan tatacara CPR dan cara menghadapi keadaan kecemasan. CPR merangkumi penilaian dan bantuan asas yang melibatkan bukaan salur pernafasan, bantuan pernafasan, bantuan peredaran darah melalui tekanan dada dan pengurusan mangsa tercekik oleh benda asing,serta cara menstabilkan   emosi mangsa semasa membantu mangsa supaya mangsa kekal bertenang bagi mengawal degupan jantung mangsa.Slot yang mendapat perhatian adalah...