Rollcall bulanan KPB Balai Bandar Seri Jempol

ROLLCALL BULANAN KPB BALAI BANDAR SERI JEMPOL

Tujuan panggilnama diadakan adalah untuk memperbaiki kelemahan anggota ,salahlaku anggota yang sering mendapat aduan dan menyampaikan arahan terkini pimpinan.

Dalam panggilnama Balai Polis BSJ beberapa perkara telah diambil perhatian,antaranya :
Memeriksa uniform penuh dan pastikan tidak ada pakaian yang lusuh.Memastikan anggota tidak terlibat dengan penagihan dadah.Memantau supaya anggota sentiasa berdisiplin dan mematuhi segala arahan yang ditetapkan. Menyampaikan arahan semasa pucuk pimpinan tertinggi.Semak  buku saku anggota telah diupdate atau belum dan Mengarahkan anggota ronda membuat pemeriksaan dan tangkapan terhadap individu yang mencurigakan,memastikan anggota sentri lokap supaya sentiasa buat pemeriksaan OKT yg keluar masuk lokap dan pastikan tiada barang larangan masuk kedalam lokap.Selain itu juga Ketua Polis Balai mengarahkan anggota Pos Pengawal sentiasa siap sedia dan buat pemeriksaan terhadap kederaan/individu keluar masuk ke Kawasan IPD Jempol dan mengarahkan anggota Kaunter aduan sentiasa siap sedia, dan maklum laporan menarik kepada KPB/Penyelia balai bertugas.

#polisdanmasyarakatberpisahtiada







Comments

Popular posts from this blog

Pemeriksaan A117 Balai Polis BSJ dan Pondok Polis Mahsan

D221 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jempol

Riadah Terancang larian 2.4 KM