Pemeriksaan BIPS IPD Jempol semasa tugas pelaksanaan Kawalan Pergerakan- Covid 19

Pemeriksaan Pematuhan BIPS IPD Jempol untuk tugasan Perlaksanaan Kawalan Pergerakan (PKP) Sakit Berjangkit Covid-19 Daerah Jempol

Jempol 20 march 2020 - Bahagian Pematuhan Integriti PDRM Jempol turut melaksanakan tanggungjawab membuat pemeriksaan keatas anggota PDRM yang jalankan tugas Sekatan Jalanraya COVID 19 di pentadbiran IPD JEMPOL.
Pegawai BIPS IPD Jempol, SI  Karunakaran telah membuat pemeriksaan keatas petugas yang jalankan tugas Sekatan Jalanraya di 2 lokasi iaitu di Jalan  Felda Raja Alias dan hadapan Balai Polis Bt Kikir
Tujuan pemantauan ini dibuat adalah bagi memastikan semua petugas patuh dengan arahan yang disampaikan oleh pegawai atasan dam mematuhi SOP SJR dan utamakan kebersihan dan keselamatan diri semasa tugas
Kelengkapan seperti keperluan pemakaian personal protective equipment seperti  glove,  topeng muka ( mask )  dan hand sanitizers juga diperhatikan bagi mengelakkan dari jangkitan penyakit .

Selain penugasan SJR,Kaunter Aduan BP BSJ dan team tugas khas BSJ  juga selia bagi memastikan anggota tugas sentiasa berada dalam keadaan siapsedia dan langkah berjaga diambil.

#stayathome
#polisdanmasyarakatberpisahtiada








Comments

Popular posts from this blog

Pemeriksaan A117 Balai Polis BSJ dan Pondok Polis Mahsan

D221 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jempol

Riadah Terancang larian 2.4 KM