Hebahan Khas Dari Jabatan Penerangan Malaysia

HEBAHAN KHAS DARI JABATAN PENERANGAN MALAYSIA

Kerajaan Malaysia telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan bermula Rabu, 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020.

Untuk keselamatan dan kesihatan kita bersama, sentiasa patuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Pergerakan perlu dihadkan sepanjang tempoh tersebut kecuali untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan, mendapatkan bekalan makanan dan menjalankan tugas bagi mereka yang perlu bertugas.

Selain itu, sila berada di rumah bagi mengawal penyebaran virus berbahaya Covid-19.

Jika gagal mematuhi perintah ini, anda boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Polis 1967.

Terus amalkan langkah-langkah pencegahan dan kebersihan secara optima.

Maklumat lanjut berhubung Perintah Kawalan Pergerakan, hubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara di talian 03-88882010.

Hebahan ini dibawakan khas oleh Jabatan Penerangan Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

Pemeriksaan A117 Balai Polis BSJ dan Pondok Polis Mahsan

D221 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jempol

Riadah Terancang larian 2.4 KM