Pemantauan Restoran dan kedai makan dan masjid (Covid19)di kawasan ladang Geddes
Pemantauan Restoran & Kedai Makan& Masjid (COVID-19) Di kawasan Ladang Geddes
Jempol -Polis Ladang Geddes 20 March 2020 telah membuat pemantauan keatas Restoran,kedai makan dan Masjid dikawasan pentadbirannya bagi memastikan arahan semasa kerajaan dipatuhi.
Semasa pemantauan
dibuat ke atas beberapa restoran dan kedai-kedai makan yang dapati masih beroperasi seperti biasa dan tiada pelanggan yang berkumpul.Pendekatan dengan cara memberi nasihat dan penerangan berkenaan Kawalan Larangan Pergerakkan dan juga dilakukan kepada peniaga agar tidak membuka kerusi meja untuk para pelanggan berkumpul di kedai atau restoran masing masing.
Nasihat kepada orang awam di kedai makan dan Restoran supaya "BELI DAN BAWA PULANG"juga disampaikan.
Langkah perjumpaan dengan imam masjid dan mengingatkan agar tiada aktiviti sembahyang berjemaah di lakukan di masjid atau surau dan teguran diberi kepada awam yang berkumpul .
Pemantauan dari masa ke semasa dijalankan.
#stayathom
#polisdanmasyarakatberpisahtiada
Comments
Post a Comment