PemantauanRestoran,kedai makan,Masjid -Covid 19 di kawasan Pentadbiran Balai Polis Ldg Geddes
Pemantauan Restoran & Kedai Makan& Masjid (COVID-19) Di kawasan Ladang Geddes
Jempol 20 March 2020 antara jam 10pg hingga ke 3 petang Pentadbiran Balai Polis Ldg Geddes telah melaksanakan pemantauan keatas premis-premis berikut ekoran COVID 19 :
-Restoran
- kedai-kedai
- masjid di sekitar kawasan tanggungjawab balai polis ladang geddes
Tujuannya adalah Pemantauan dibuat ke atas beberapa restoran dan kedai-kedai makan yang dapati masih beroperasi seperti biasa dan tiada pelanggan yang berkumpul.
Polis Ldg Geddes juga memberi nasihat dan penerangan berkenaan Kawalan Larangan Pergerakkan dan juga di nasihat kepada peniaga agar tidak membuka kerusi meja untuk para pelanggan berkumpul di kedai atau restoran masing masing. Beri nasihat kepada orang awam di kedai makan dan Restoran supaya "BELI DAN BAWA PULANG".
Untuk Masjid pulak pendekatan dengan cara aturkan perjumpaan dengan imam masjid dan mengingatkan agar tiada aktiviti sembahyang jumaat di lakukan di masjid masjid.
Dalam masa yang sama terkesan terdapat beberapa buah kedai makan dibuka tetapi urusan makan minum tidak ada dan hanya dengan membungkus sahaja.
Hebaham Perintah Kawalan Pergerakan juga dibuat dibeberapa kawasan Gugusan Felda Palong untuk mengingatkan penduduk disitu tentang kepentingan patuh arahan tersebut. Selain itu juga pendekatan dengan memberi penerangan kepada orang sekeliling turut dilaksanakan.
#stayathome
Comments
Post a Comment