Penugasan Op Covid 19 Daerah Jempol

PENUGASAN OP COVID-19 DAERAH JEMPOL HARI KE 6

Jempol, 23 Mac 2020 -   Polis Daerah Jempol telah melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada masyarakat di sekitar Daerah Jempol demi keselamatan dan ketenteraman awam dengan memberikan sepenuh komitmen dalam membendung rantaian jangkitan wabak COVID-19 daripada menular.Antara operasi yang dijalankan melibatkan Sekatan Jalanraya,hebahan perintah kawalan dan pergerakan,pemantauan kedai makan ,kedai runcit dan masjid yang dilakukan oleh setiap balai-balai dan bahagian-bahagian IPD Jempol .

IPD Jempol juga turut menerima bantuan  Anggota ATM dari Kem Syed Sirajudin Gemas untuk melakukan penugasan sekatan Jalanraya.Ketua Polis Daerah Jempol Supt Mohd Khairiel Bin Mohd Arif hadir memberi taklimat  penugasan (Joint Patrol COVID 19) dilakukan kolaborasi antara PDRM dan ATM supaya lebih menjaga keselamatan diri sepanjang penugasan dan memberi penerangan mengenai skop-skop tugas yang akan dilakukan.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat aktiviti luar dan berada di rumah masing-masing.

" I STAY AT WORK FOR YOU, YOU STAY AT HOME FOR US "

#PolisDanMasyarakatBerpisahTiada
#IpdJempol
#Opscovid19
#editor





Comments

Popular posts from this blog

Pemeriksaan A117 Balai Polis BSJ dan Pondok Polis Mahsan

D221 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jempol

Riadah Terancang larian 2.4 KM