Panggil nama Ketua Polis Daerah Jempol bersama semua Pegawai Kanan,KPB, dan Penolong KPB IPD Jempol



*PANGGIL NAMA KETUA POLIS DAERAH JEMPOL BERSAMA SEMUA PEGAWAI KANAN, KPB DAN PENOLONG KPB  IPD JEMPOL*

Tarikh: 02/03/2020 (Isnin)
Masa: 2100 hrs
Tempat: Bilik Mesyuarat Gerakan  IPD Jempol

*KEHADIRAN:*

1) SUPT Mohd Khairiel bin Mohd Arif (KPD Jempol)
2) DSP Mohd Hafiz bin Mohammad Nor  (T/KPD Jempol )
3) Semua Ketua Ketua Bahagian
4) Pegawai Pegawai Kanan
5) Semua KPB dan Penolong KPB

*_TUJUAN:_*

1). Perjumpaan pertama YDH Tuan KPD Jempol bersama semua KB, pegawai kanan dan KPB, P/KPB  dan sesi suaikenal.

2) YDH Tuan KPD Jempol telah menyampaikan amanat dan nasihat kepada semua yang bertugas berkaitan integriti dan menjaga nama baik pasukan. YDH KPD juga menasihati  supaya semua peringkat menguasai dan mahir berkaitan undang-undang dan kuasa-kuasa polis didalam melaksanakan tugas seharian.

3) YDH Tuan KPD memandang serius penglibatan semua pegawai dan anggota dalam aktiviti dadah serta jenayah. Semua pegawai dan anggota dinasihatkan supaya menghindarkan diri dari perlakuan ini.

4) Soal jawab berkaitan hal-hal  penugasan dan permasalahan yang dihadapi diperingkat Bahagian dan Balai.

5) Masalah dadah dan jenayah di daerah Jempol sangat ditekankan oleh YDH KPD Jempol dan mohon semua pihak memberi kerjasama untuk atasinya .

6) Menyampaikan arahan-arahan terkini dari pucuk pimpinan .

7) YDH KPD Jempol berharap semangat kerjasama serta 'teamwork' sesama pegawai dapat dikekalkan.

8) Kegiatan Judi Online sekiranya terkesan, mesti diambil tindakan dan tangkapan.

9) YDH Tuan KPD, T/KPD dan semua KB,  Pegawai Kanan dan KPB serta Penolong KPB seramai 38 orang telah menjalani ujian saringan urin yang dijalankan oleh Bahagian Narkotik. Kesemua diuji negatif dadah terlarang.

10) YDH Tuan KPD, T/KPD dan semua KB,  Pegawai Kanan dan KPB serta Penolong KPB diakhir perjumpaan telah mengangkat ikrar tidak  akan terlibat dalam aktiviti dadah.

*_ULASAN:_*

Perjumpaan  YDH KPD Jempol bersama semua pegawai kanan dan KPB  secara tidak langsung dapat memberikan suntikan semangat dan dapat meningkatkan moral kepada semua  untuk berkhidmat dengan lebih komited dan kompiten selaras dengan kehendak pucuk pimpinan PDRM.








Comments

Popular posts from this blog

Pemeriksaan A117 Balai Polis BSJ dan Pondok Polis Mahsan

D221 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jempol

Riadah Terancang larian 2.4 KM