Majlis penyampaian sijil perlantikan Pengerusi MCPF Daerah Kuala Pilah,Jempol dan Jelebu

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PERLANTIKAN PENGERUSI MCPF DAERAH KUALA PILAH, JEMPOL DAN JELEBU


Pilah - 17 Mac 2020  bertempat di  IPD Kuala Pilah dengan kehadiran
 Ybhg Datuk Hj Fadzil Bin A.Bakar - Pengerusi MCPF NS, Ybhg Dato' Osman Bin Hj Salleh -
Timbalan Pengerusi MCPF NS,Ydh ACP Samad Bin Yahya - KJPJKK NS (Merangkap Naib Pengerusi Ex-officio MCPF NS)
,Ydh Supt. Amran Bin Hj Mohd Gani - Kpd Kuala Pilah dan  wakil KPD Jempol dan Jelebu serta barisan delegasi MCPF NS dan pegawai kanan PDRM  satu Majlis Pelantikan Pengerusi MCPF 3 daerah iaitu Kuala Pilah, Jempol Dan Jelebu telah dilaksanakan.
Program ini sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan MCPF dengan pihak polis serta ianya juga adalah satu usaha kerjasama diantara polis dengan orang awam dalam membenteras jenayah dengan lebih efektif dan efisen serta mewujudkan dan melahirkan kefahaman, kepercayaan dan tanggungjawab dua hala dalam usaha pencegahan jenayah di komuniti tempatan menerusi pendekatan yang berkesan. Selain itu Dapat memberi pendedahan kepada masyarakat setempat serta dapat menangkis tanggapan dan rasa takut terhadap polis yang menjalankan tugas serta mampu menjalin hubungan baik untuk kepentingan bersama.Diharapkan dengan perlantikan tersebut amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab .

#polisdanmasyarakatberpisahtiada






Comments

Popular posts from this blog

Pemeriksaan A117 Balai Polis BSJ dan Pondok Polis Mahsan

D221 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jempol

Riadah Terancang larian 2.4 KM