Lawatan Panel Penilai Pengurusan Pwrumahan Terbaik PDRM Peringkat Pusat
*Lawatan Panel Penilai Pengurusan Perumahan Terbaik PDRM Peringkat Pusat*
Tarikh : 05 Mac 2020 (Khamis)
Masa : 1430hrs - 1725hrs
Tempat : Bilik Mesyuarat Perumahan IPD Jempol dan Kawasan Perumahan Polis Bandar Seri Jempol.
*Kehadiran Panel Penilaian*
1️⃣ P/SAC Kamarulzaman B Maarof
Komander Briged Tenggara PGA
- Pengerusi
2️⃣ SUPT. Basri Bin Abu Bakar
Jabatan Logistik Bukit Aman
- Ahli I
3️⃣ DSP Zainal Asmawi Bin Hassan
Jab. Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman
- Ahli II
4️⃣ ASP Muhammad Lutfi Bin Mat Tahir
Cawangan Khas Bukit Aman
- Setiausaha
*Wakil IPD Jempol*
1️⃣SUPT. Mohd. Khairiel Bin Mohd. Arif
- Ketua Polis Daerah Jempol
2️⃣DSP. Mohd Hafiz Bin Muhammad Nor
-Timbalan Ketua Polis Daerah Jempol
3️⃣ Ketua-ketua Bahagian, Ketua Polis Balai
4️⃣ AJK Perumahan Polis Bandar Seri Jempol
*Tentatif Lawatan*
1. Makan Tengahari
2. Sesi Taklimat / Soal Jawab di Bilik Mesyuarat Perumahan
3. Sesi bergambar
4. Lawatan di Kawasan Perumahan Polis Bandar Seri Jempol
5. Sesi menanam Pokok di Kawasan Tanah di hadapan Blok C.
5. Selesai
*ULASAN*
- Pertandingan Pengurusan Perumahan terbaik PDRM diadakan pada setiap tahun. Perumahan Polis Bandar Seri Jempol telah menyertai pertandingan ini di peringkat kontinjen Negeri Sembilan sebanyak 4 kali, pada tahun 2017 Perumahan Polis Bandar Seri Jempol mendapat tempat kedua.
- Perumahan Polis Bandar Seri Jempol sekali lagi menyertai pertandingan pengurusan perumahan terbaik PDRM bagi kategori B peringkat kontinjen pada tahun 2019.
- Penilaian awal telah dibuat pada 5.12.2019 melaui sesi penerangsn dan lawatan ke perumahan Polis Bandar Seri Jempol.
- Pertandingan Peringkat Bukit Aman Bagi Zon Selatan adalah antara Kontinjen Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Panel Penilai Pengurusan Perumahan Terbaik PDRM telah hadir membuat penilaian ke Perumahan Polis Bandar Seri Jempol pada 13 - 14 Februari 2020.
- Untuk makluman Perumahan Polis Bandar Seri Jempol telah membuat persediaan awal dengan mengadakan gotong royong pada 28 Feb 2020 (Jumaat) dan 04 Mac 2020 (Rabu) untuk kehadiran Panel Penilai Pengurusan Perumahan Terbaik PDRM pada 05 Mac 2020 (Khamis)
- Perumahan Polis Bandar Seri Jempol telah mewakili Kontinjen Negeri Sembilan dan zon selatan bagi Kategori B ke Peringkat Bukit Aman.
*Objektif*
- Secara keseluruhannya sepanjang persediaan dan sehingga hari penilaian oleh panel penilai, semua pihak memberi kerjasama yang baik dan kolaborasi serta silaturahim dapat dieratkan antara semua pihak.
Comments
Post a Comment