Sidang media ibu pejabat polis daerah jempol

Jempol : Kelicikan dua warga asing menjalankan kegiatan pecah kereta disekitar Negeri Sembilan termasuk di daerah Jempol berjaya  ditumpaskan polis.

Ketua Polis Daerah ( KPD ) Jempol, Superintendan Mohd Khairiel Mohd Arif berkata suspek warganegara Indonesia itu turut dikenali sebagai kumpulan Indra Garuda.

Katanya suspek berusia 33 dan 39 tahun bergiat aktif dalam kegiatan pecah kereta sejak Januari tahun lalu.

" Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku pada 25 Januari lalu,  di Masjid Tuanku Muhriz, suspek memecah pintu kereta seorang mangsa dan melarikan beg tangan dengan sebuah kereta Myvi yang disewa suspek bagi menjalankan kegiatan berkenaan.

" Mangsa sempat mengecam nombor pendaftaran kereta digunakan suspek sebelum polis menjalankan gerakan memburu suspek," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis ( IPD ) Jempol di sini. Hadir sama Timbalan KPD Mohd Hafiz Muhammad Nor.

Mohd Khairiel berkata pada 27 Januari lalu, polis yang menerima maklumat awam membuat serbuan ke atas suspek yang berada disebuah rumah di Kampung Kundur Ulu, Pedas dan berjaya menangkap  kedua suspek berkenaan.

"Polis berjaya merampas sebuah kereta, telefon bimbit, jam tangan, wang tunai serta dua batang besi daripada suspek," katanya.

Katanya modus operandi kumpulan ini menggunakan peralatan besi yang sudah diubah suai untuk membuka pintu kereta dan akan memecahkan cermin kereta menggunakan serpihan plak jika pintu tidak dapat dibuka.

 "Kumpulan berkenaan bergerak aktif pada hari siang terutama pada cuti hujung minggu dan cuti umum dengan menjadikan kawasan tempat letak kereta hentian rehat dan rawat,  masjid dan kenduri kahwin sebagai sasaran.

" Ketika soal siasat suspek turut mengaku terbabit dalam kegiatan itu di Selangor, Kuala Lumpur dan Pahang.

Mohd Khairiel berkata polis masih menyiasat mengikut Seksyen  379 Kanun Keseksaan dan suspek kini diserahkan kepada IPD daerah lain bagi membantu siasatan.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pemeriksaan A117 Balai Polis BSJ dan Pondok Polis Mahsan

D221 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jempol

Riadah Terancang larian 2.4 KM