Latihan Gemparan Api Kuarters Polis Bandar Seri Jempol



*LATIHAN GEMPARAN API KUARTERS POLIS BANDAR SERI JEMPOL*

Tarikh : 27 Februari 2020 ( Khamis )
Masa : 1100 hrs
Tempat : Kuarters Polis Bandar Seri Jempol

*KEHADIRAN*
1. Asp Faizal Azwan Bin Osman – KBPD Jempol
2. Asp Mohd Asri Bin Mohd Yunus – KPB Bahau
3. PPgB KB Tuan Mohd Farid Bin Md Desa
4. PBK II KB Tuan Saipol Azlee Bin Abd Rahim
5. SI Idris Bin Yan – Pengerusi Perumahan Bandar Seri Jempol
6. AJK Perumahan Bandar Seri Jempol
7. ( 50 ) Penghuni Kuarters Bandar Seri Jempol

*TUJUAN*
Latihan ini dijalankan adalah sebagai panduan kepada semua penghuni kuartes Bandar Seri Jempol jika berlakunya kebakaran.

*PENCAPAIAN*
Mengulangkaji tugas, tanggungjawab dan peranan semasa menghadapi kebakaran. Setiap penghuni mempunyai tugas, tanggungjawab dan peranan yang berbeza.

Untuk menguji siren amaran dan kelantangan siren bagi memberi amaran kepada penghuni – penghuni kuarters bahawa bencana sedang berlaku.

Bangunan kuartes berjaya dikosongkan dalam masa 5 minit. Semua penghuni berkumpul untuk dipanggil nama dan catit kehadiran. Ketua blok memastikan tiada penghuni yang terperangkap di dalam kuartes dan melaporkan jumlah kehadiran pada pengerusi kuarters.

Demontrasi latihan kebakaran telah dijalankan sebagai langkah awal menghadapi kebakaran dengan menggunakan pemadam api jenis serbuk kering ABC. Dalam demontrasi ini pihak jabatan bomba telah memberi tunjuk ajar tatacara penggunakan pemadam api dan teknik – teknik memadamkan api yang betul.

*ULASAN*
Gemparan api ini adalah penting bagi memberi persediaan dan langkah awal jika berlakunya kebakaran dan cara menangani kebakaran. Alat pemadam api penting diletakkan di kuarters sebagai langkah awal menangani api daripada merebak.




Comments

Popular posts from this blog

Pemeriksaan A117 Balai Polis BSJ dan Pondok Polis Mahsan

D221 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jempol

Riadah Terancang larian 2.4 KM