PROGRAM PERMUAFAKATAN KPM DAN PDRM - JOM KE SEKOLAH 2020.

MAJLIS PELANCARAN PERMUAFAKATAN KPM & PDRM "JOM KE SEKOLAH 2020" , PENYAMPAIAN PERUTUSAN KETUA POLIS NEGARA  PERINGKAT DAERAH JEMPOL.

Tarikh: 17 Februari 2020 ( Isnin)
Masa:0745hrs hingga 0830hrs
Tempat:Sekolah Menengah Kebangsaan Bahau 2

JEMPOL, 17 Februari 2020 - Bertempat Sekolah Menengah Kebangsaan Bahau 2         telah diadakan Majlis Pelancaran Permuafakatan KPM & PDRM Sempena Program 'Jom ke Sekolah 2020' peringkat daerah Jempol yang diadakan serentak di seluruh negara pada pagi ini.Tujuan program ini diadakan  membantu dalam menangani masalah kelakuan disiplin, malah memberi sokongan kepada pihak sekolah dalam setiap program yang diadakan.Selain itu Mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi  yang lebih mantap di antara pihak sekolah dan pihak Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS).Sebanyak 69 sekolah didalam daerah jempol telah terlibat dalam program ini.



Majlis telah dirasmikan oleh YDH Supt Mohd Khairiel Bin Mohd Arif, Ketua Polis Daerah Jempol dan Tn Hj Anuar Bin Isa,Timb Pegawai Pendidikan Daerah Jempol & Jelebu.

Hadir sama ASP Muhamad Kalid Bin Mohamed Yahaya ( KBPJKK IPD Jempol),En Liau Kok seng(Pen Peg PPD HEM JJ) ,En Hj Md Nazri Hassan (Pengetua SMK Bahau 2),Insp Mude Bin Saefi( PPS )  Kpl Hamid ,kpl Aminudin(Pen.PPS).Didalam program tersebut YDH KPD Jempol telah membacakan Perutusan Ketua Polis Negara sempena Program Jom Ke Sekolah 2020















Comments

Popular posts from this blog

Pemeriksaan A117 Balai Polis BSJ dan Pondok Polis Mahsan

D221 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jempol

Riadah Terancang larian 2.4 KM