Lagi Tokan Dadah Tumpas di Jempol

LAGI TOKAN DADAH TUMPAS DIJEMPOL..

Pada 10/02/2020 kira kira jam 1130 malam, sepasukan Polis dari Bahagian Risikan, Operasi dan Tahanan, Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol telah menjalankan tugas Ops Tapis di sekitar kawasan Felda Serting Hilir 4,  Bandar Seri Jempol Negeri Sembilan.

Pasukan Operasi telah membuat intipan di belakang sebuah rumah dan melihat kelibat seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.

Apabila menyedari kehadiran pasukan Operasi,  lelaki tersebut bertindak cuba melarikan diri tetapi berjaya ditangkap.

Pemeriksaan ke atas lelaki itu telah menjumpai (2) peket plastik dan (3) tiub straw berisi bahan disyaki dadah Heroin dengan anggaran berat: 5.80 gram dan  (1) peket plastik berisi ketulan jernih disyaki dadah Syabu dengan anggaran berat 0.10 gram dalam sebuah beg yang dibawa oleh lelaki tersebut.

Lelaki berumur 27 tahun itu yang juga merupakan penduduk tanah rancangan tersebut dipercayai seorang Tokan dadah yang bergiat aktif di kawasan Felda Serting  Hilir, Jempol, Negeri Sembilan. Lelaki tersebut juga diuji positif dadah jenis Morphine.

Kes disiasat dibawah Seksyen 39A(2), Sek 12(3) dan Sek 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tangkapan dan rampasan dadah ini disahkan oleh Supt Mohd Khairiel bin Mohd Arif, Ketua Polis Daerah Jempol, Negeri Sembilan.

Kerjasama dari seluruh masyarakat Jempol amat diperlukan bagi bersama sama membantu polis dalam memerangi kegiatan dadah dan jenayah.


Comments

Popular posts from this blog

Pemeriksaan A117 Balai Polis BSJ dan Pondok Polis Mahsan

D221 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jempol

Riadah Terancang larian 2.4 KM