Lawatan panel penilai pengurusan Perumahan Terbaik PDRM Zon Selatan


*LAWATAN PANEL PENILAI PENGURUSAN PERUMAHAN TERBAIK PDRM ZON SELATAN*

Tarikh   : 13 Februari 2020 (Khamis)
Masa     :  1000hrs hingga 1500hrs
Tempat :  Bilik Mesyuarat Perumahan IPD Jempol dan Balai Polis Ayer Hitam
     
*PANEL PENILAI*

1️⃣ ACP Rosman Bin  Omar
IPK K. Lumpur
-Pengerusi
2️⃣ SUPT. Jamaludin Bin Ali
IPK Selangor
- Ahli 1
3️⃣ DSP Mohamad Ali Bin Mohd. Jali 
IPK Perak
- Ahli 11
4️⃣ INSP. Mudzaffar Shah Bin Zulkefli
-Setiausaha

*WAKIL IPD JEMPOL*

1️⃣ DSP Mohd Hafiz Bin Muhammad Nor
-Timbalan Ketua Polis Daerah Jempol 
2️⃣ ASP Faizal Azwan Bin Osman 
-Ketua Bahagian Pengurusan Daerah
3️⃣ ASP Azhar Bin Hashim
-Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik
4️⃣ ASP Muhamad Kalid Bin Muhamad
-Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti
5️⃣ ASP Asri Bin Muhamad Yunus
KPB Bahau
AJK Perumahan IPD Jempol
6️⃣ AJK Perumahan Balai Ayer Hitam

*TENTATIF LAWATAN*

- Ketibaan semua KB,KPB dan barisan AJK 
-Ketibaan YDH Timbalan Ketua Polis Daerah Jempol
- Ketibaan Ahli Panel Penilai 
- Ucapan Aluan 
- Sarapan pagi
-Lawatan ke Kawasan Perumahan Polis Bandar Seri Jempol
- Sesi bergambar
- Sesi Taklimat / Soal Jawab di Bilik Mesyuarat Perumahan
- Selesai

*ULASAN*

- Pertandingan Pengurusan Perumahan terbaik PDRM diadakan pada setiap tahun.Perumahan Polis Bandar Seri Jempol telah menyertai pertandingan ini di peringkat kontinjen Negeri Sembilan sebanyak 4 kali, pada tahun 2017 Perumahan Polis Bandar Seri Jempol mendapat tempat kedua.

-  Perumahan Polis Bandar Seri Jempol sekali lagi menyertai pertandingan pengurusan perumahan terbaik PDRM bagi kategori B peringkat kontinjen pada tahun 2019. 
- Penal Penilai Pengurusan Perumahan terbaik PDRM Peringkat Negeri Sembilan yang diketuai oleh  Supt Haslah BT Bachok ( KJP ),DSP Sharuzi B Ibrahim ( JPJKK ), ASP Razimah BT Mohd. Razali ( JSJ ) dan Insp Mohd Khaidzir B Mahmud ( JPJKK) telah hadir membuat penilaian pada 05.12.2019 jam 0900 hrs, penilaian dibuat melalui sesi penerangan di bilik mesyuarat Perumahan dan juga lawatan di sekitar perumahan Polis Bandar Seri Jempol. Perumahan Polis Bandar Seri Jempol telah mendapat tempat pertama bagi Kategori B  sekaligus mewakili  Kontinjen Negeri Sembilan untuk zon selatan ke peringkat Bukit Aman. 

- Pertandingan Peringkat Bukit Aman Bagi Zon Selatan adalah antara Kontinjen Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.Panel Penilai Pengurusan Perumahan Terbaik PDRM akan hadir membuat penilaian ke Perumahan Polis Bandar Seri Jempol pada 13 - 14 Februari 2020.

- Untuk makluman Kuarters Polis Ayer Hitam juga telah terpilih bagi kategori C untuk Pertandingan Pengurusan Perumahan Terbaik PDRM. Kuarters Polis Ayer Hitam juga telah menyertai Pertandingan Pengurusan Perumahan terbaik PDRM sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2017 dan penyertaan pada kali ini juga telah membuahkan hasil, dimana telah terpilih sebagai johan bagi kategori C dan terpilih bersama - sama Perumahan Polis Bandar Seri Jempol mewakili Kontinjen Negeri Sembilan untuk zon selatan ke peringkat Bukit Aman. Kuarters Ayer hitam juga telah membuat persediaan awal dengan mengadakan gotong royong pada 07 Februari 2020( jumaat ) untuk kehadiran Panel Penilai Pengurusan Perumahan Terbaik PDRM pada tarikh yang sama pada 13-14 Februari 2020.

- Satu sejarah telah tercipta bagi Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol kerana 2 perumahan polis nya telah terpilih mewakili Kontinjen Negeri Sembilan secara serentak bagi kategori B iaitu Perumahan Polis Bandar Seri Jempol dan Kategori C Kuarters Polis Ayer Hitam ke Peringkat Bukit Aman. 

- Secara keseluruhannya sepanjang persediaan dan sehingga hari  penilaian oleh panel penilai ,semua pihak memberi kerjasma yang baik dan kolaborasi serta silaturahim dapat dieratkan antara semua pihak.





Comments

Popular posts from this blog

Pemeriksaan A117 Balai Polis BSJ dan Pondok Polis Mahsan

D221 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jempol

Riadah Terancang larian 2.4 KM