PKP : Henti salahkan Polis buat sekatan jalanraya - KPN

PKP: Henti salahkan polis buat sekatan jalan raya - KPN

KUALA LUMPUR, 6 April  -- Orang awam diminta agar berhenti menyalahkan anggota polis ekoran berlaku kesesakan lalu lintas ketika sekatan jalan raya, kerana tugas pasukan keselamatan itu adalah bagi memastikan individu berkenaan tidak keluar rumah tanpa alasan munasabah semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata orang ramai seharusnya mematuhi setiap arahan PKP yang dikuatkuasakan bagi membataskan pergerakan keluar rumah individu dalam usaha kerajaan memutuskan rantaian penularan COVID-19 di negara ini.

"Kami terpaksa membuat sekatan jalan raya di seluruh negara bagi membendung penularan wabak COVID-19, selain mengehadkan pergerakan keluar rumah orang ramai.

“Saya menasihatkan orang ramai yang tidak tersenarai dalam sektor perkhidmatan perlu untuk memahami arahan PKP, dan perlu melalui sekatan jalan raya,” katanya ketika ditemui Bernama di Bukit Aman, di sini.

Sumber : https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1828923#.Xop23GpZO9M.twitter

Comments

Popular posts from this blog

Pemeriksaan A117 Balai Polis BSJ dan Pondok Polis Mahsan

D221 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jempol

Riadah Terancang larian 2.4 KM