Lawatan Kerja YB Timbalan Menteri Dalam Negeri 1 ke Jempol

Lawatan Kerja YB Dato Sri Dr Hj Ismail Bin Hj Mohamed Said - Timbalan. Menteri Dalam Negeri 1 di Penugasan OP COVID 19 Daerah Jempol, Balai-Balai Polis Dan IPD Jempol.

Jempol 23 April 2020 - Julung kali IPD Jempol telah Terima lawatan YB Dato Sri Dr Hj Ismail Bin Hj Mohamed Said - Timbalan Menteri Dalam Negeri 1 yang pastinya mencetuskan sejarah kepada warga IPD Jempol.
Lawatan oleh Yang Berhormat disambut oleh Ketua Polis Daerah Jempol Supt. Mohd Khairiel Bin Mohd Arif. YB Dato Sri Dr Hj Ismail bin Hj Mohamed Said, melihat kesiapsiagaan frontliner yang bertugas semasa Op Covid 19 Dan meninjau permasalahan Dan kekurangan yang terdapat dari segi kemudahan Logistik, bekalan Dan prasarana PDRM Jempol.Selain itu beliau juga memberi beberapa cadangan Dan pendapat bagi mengatasi isu virus Covid 19. Beliau turut menzahirkan ucapan syabas Dan Tahniah kepada PDRM atas usaha yang dijalankan bagi mengekang rantaian Ops Covid 19.

Turut sama dalam lawatan tersebut ialah YB Dato Hj Mohd Salim Bin Sharif-Ahli Parlimen Jempol, YB Dato Manickam A/L Letchumanan-ADUN Jeram Padang, YB Tn Hj Mustapha Bin Nagoor - ADUN Palong, Tn Syahrul Nizam Bin Saleh - Pegawai Daerah Jempol serta barisan pegawai kanan PDRM IPD Jempol. PDRM Jempol menghargai Dan  mengucapkan ribuan Terima kasih atas kunjungan tersebut.
Secara keseluruhannya Majlis berjalan dengan lancar seperti yang di harapkan.

#PolisDanMasyarakatBerpisahTiada
#IpdJempol
#lawatankerjatimbalanmenteridalamnegeri1
#editor



Comments

Popular posts from this blog

Pemeriksaan A117 Balai Polis BSJ dan Pondok Polis Mahsan

D221 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jempol

Riadah Terancang larian 2.4 KM