#COVID-19

SCAM ALERT: JANGAN SESEKALI DEDAHKAN MAKLUMAT AKAUN ANDA!

Bantuan kewangan yang diberikan oleh pihak kerajaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, sedikit sebanyak mampu meringankan sedikit beban rakyat dalam meneruskan kehidupan seharian.

Namun demikian, orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dan tidak sesekali mendedahkan maklumat akaun bank kepada sesiapa sahaja yang cuba mengambil kesempatan.

Penjenayah siber akan melakukan pelbagai helah bagi meyakinkan anda dan jika tersilap langkah, bantuan yang sepatutnya digunakan untuk membeli barang keperluan, hilang entah ke mana.

Ingat! Anda bertanggungjawab atas maklumat kewangan anda sendiri. Jangan percayakan sesiapa pun!

Sumber: Bank Negara Malaysia | Central Bank of Malaysia (Official)

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

#ScamAlert
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP



Comments

Popular posts from this blog

Pemeriksaan A117 Balai Polis BSJ dan Pondok Polis Mahsan

D221 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jempol

Riadah Terancang larian 2.4 KM