Ops sepadu pemusnahan ketum

Ops Bersepadu Pemusnahan Pokok Ketum Di Atas Tanah Hak Milik Kerajaan 

JEMPOL 22 April 2020,Satu Ops Bersepadu  Pemusnahan Pokok Ketum diatas Tanah Hak Milik Kerajaan telah diadakan bersama Pejabat Daerah Jempol dan Majlis Perbandaran Jempol.

 Lebih kurang 1,000 pokok ketum dimusnahkan ditanah milik kerajaan Negeri Sembilan seluas 12 Hektar di kawasan ladang kelapa sawit di Felda Lui Selatan 2 . Operasi memusnahkan pokok ketum ini dibuat mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965 kerana menceroboh tanah kerajaan dan tindakan tegas seperti ini keatas aktiviti penanaman ketum yang ada didaerah ini akan terus dijalankan dengan kerjasama semua agensi berkaitan di daerah ini bagi memastikan daerah ini bebas dari aktiviti penanaman  ketum pada akhirnya.

Turut serta dalam operasi ini,Tn Syahrul Nizam Bin Saleh - Peg. Daerah Jempol , Superintenden Mohd Khairiel Mohd Arif-  Ketua Polis daerah Jempol  , Raja Norazli Raja Nordin  - Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jempol,DSP Mohd Hafiz Bin Muhammad Nor - Timb.Ketua Polis Daerah Jempol,Tn. Zulkifli bin Muhammad - Timb. Pentadbir Tanah Jempol,Pegawai/anggota IPD Jempol dan Pasukan bantuan dari Penguatkuasa MPJL dan Pejabat Daerah.

#PolisDanMasyarakatBerpisahTiada
#IpdJempol
#opsbersepadu
#editor




Comments

Popular posts from this blog

Pemeriksaan A117 Balai Polis BSJ dan Pondok Polis Mahsan

D221 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jempol

Riadah Terancang larian 2.4 KM