Program jalinan kasih
Program jalinan kasih bersama Frontliner Jempol
Jempol -5 Mei 2020 satu program jalinan kasih ,berbuka puasa bersama Frontliner di lokasi penugasan telah diadakan.Majlis yang dihadiri Pegawai Daerah Jempol Tn Syahrul Nizam Bin Saleh menambahkan lagi semangat dan moral petugas Frontliner yang sedang bertugas di lokasi sjr Ldg Geddes .
Kehadiran Pegawai Daerah disambut oleh Supt.Mohd Khairiel bin Mohd Arif- Ketua Polis Daerah Jempol ,YM Raja Norazli bin Raja Nordin-YDP MPJL ,DSP Mohd Hafiz Bin Muhammad Nur - Timbalan ketua Polis Daerah dan ketua2 bahagian IPD Jempol.
Pendekatan sebegini dilihat dapat memberi suntikan semangat kepada Frontliner disamping dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan dan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.
Barisan Frontliner berasa sangat dihargai dan berharap program sebegini dapat meningkatkan moral dan prestasi tugas mereka dan berterima kasih dengan kunjungan dari yang berkenaan.
Comments
Post a Comment