Lawatan dan pemeriksaan Balai di bawah PTKPN A117 Balai Polis Bandar Seri Jempol dan Pondok Polis Mahsan 05 November 2020, IPD Jempol- Lawatan dan pemeriksaan PTKPN A117 telah dilaksanakan di Balai Polis Bandar Seri Jempol & Pondok Polis Mahsan dan ahli pemeriksa diketuai oleh YDH DSP Mohd Hafiz Bin Muhammad Nor, Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol bersama (5)lima Pegawai Kanan, (5)lima Anggota dan (2)dua KTA dari pelbagai bahagian dan cawangan. Objektif pemeriksaan adalah bertujuan untuk memastikan segala aspek pentadbiran balai berjalan lancar, keberkesanan anggota menjalankan tugas pada tahap yang maksimum dan memastikan bangunan dan peralatan yang dibekalkan berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan. Semasa lawatan tersebut anggota balai berkenaan telah diuji dengan latihan kawad yang mana bagi memastikan semua anggota tahu memberi kata perintah dalam pergerakan kawad. Semasa lawatan tersebut juga disampaikan dan dikongsi bersama beberapa teguran dan nasihat...
D221 Bahagian Siasatan IPD Jempol IPD Jempol - 08 September 2020- Pemeriksaan PTKPN D221 oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jempol telah berlangsung di IPD Jempol pagi tadi.YDH DSP Mohd Hafiz Bin Muhammad Nor ,Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol mengetuai pemeriksaan pelbagai dokumentasi dan penyimpanan barang kes yang dikendalikan oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jempol.Selain itu objektif utama adalah persediaan awal untuk pemeriksaan D221 yang akan dibuat oleh YDH Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan dan sekaligus mematuhi kehendak PTKPN D221.YDH DSP Mohd Hafiz Bin Muhammad Nor ,diiringi ASP Rashid Bin Kasim -Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah,Barisan pegawai kanan dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jempol serta anggota Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard IPD Jempol telah menyambut kehadiran Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol .Sepanjang pemeriksaan tersebut banyak input dan teguran kearah penambahbaikan diperolehi dan diambil ...
RIADAH TERANCANG : LARIAN 2.4 KM 06 November 2020 , IPD Jempol menjalankan rutin mingguan melalui Cawangan Latihan/sukan IPD Jempol iaitu larian 2.4 KM di Perkarangan IPD Jempol. Program yang dihadiri seramai 12 Pegawai kanan, 55 Anggota dan Pegawai Awam. Objektif utama program larian 2.4 KM ini dijalankan adalah untuk menguji tahap kecergasan individu berlandaskan kesihatan mengikut penilaian masa larian yang telah ditetapkan. Ianya juga dapat meningkatkan kadar kesihatan kardiovaskular atau jantung. Dengan setiap aktiviti larian individu akan melatih jantung untuk bekerja dan membantu pengaliran darah dengan baik. Secara tak langsung boleh mengurabgkan risiko serangan jantung, darah tinggi atau strok. Disamping itu, dengan larian 2.4 KM ini juga dapat memberi bebanan otot dan tulang secara positif dan pada masa yang sama tulang akan dirangsang untuk jadi lebih kuat dan tak mudah dimamah usia. Semasa melakukan senaman darah yang kaya dengan oksigen akan dialirkan dengan baik ke b...
Comments
Post a Comment