Posts

Majlis suai kenal Ketua Polis Daerah Jempol dengan Pengerusi MCPF

Image
 Sesi Suai Kenal Ketua Polis Daerah Jempol dengan Pengerusi MCPF Daerah Jempol

Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Jempol

Image
 17 November 2020 Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Jempol antara YDH DSP Mohd Hafiz bin Muhamad Nor dengan YDH Supt Hoo Chang Hook disaksikan oleh YDH Ketua Polis Negeri Sembilan .

Latihan Kawad Bulanan IPD Jempol

Image
 LATIHAN KAWAD BULANAN BAGI BULAN OKTOBER 2020 PERINGKAT IPD JEMPOL IPD Jempol - 30 Oktober 2020(Jumaat), Latihan Kawad Bulanan bagi bulan Oktober 2020 IPD Jempol yang telah berlangsung di Perkarangan IPD Jempol Negeri Sembilan. Latihan Kawad ini telah dihadiri oleh 10 Pegawai Kanan, dan 55 Anggota IPD Jempol. Latihan kawad ini bertujuan bagi mengulangkaji asas membentuk pembentukan disiplin dan membina imej yang baik dalam pasukan. Disamping itu, ia boleh menyatukan semua pegawai dan anggota pasukan sebagai sebuah pasukan yang mantap dan berintegriti.  Latihan kawad ini dapat mengemaskan dan memantapkan pergerakan kawad untuk lebih bersemangat dan berdisiplin, terutama dari segi pengurusan masa dan sikap.  Tambahan lagi, setiap pegawai dan anggota dapat memahirkan serta dapat meningkatkan jati diri sebagai seorang warga PDRM yang mampu menerapkan konsep _Command and Control_ terutamanya dalam memberi dan mendengar arahan dan dapat mengulangkaji pergerakan asas kawad sert...

Riadah Terancang larian 2.4 KM

Image
 RIADAH TERANCANG : LARIAN 2.4 KM 06 November 2020 , IPD Jempol menjalankan rutin mingguan melalui Cawangan Latihan/sukan IPD Jempol iaitu larian 2.4 KM di Perkarangan IPD Jempol. Program yang dihadiri seramai 12 Pegawai kanan, 55 Anggota dan Pegawai Awam. Objektif utama program larian 2.4 KM ini dijalankan adalah untuk menguji tahap kecergasan individu berlandaskan kesihatan mengikut penilaian masa larian yang telah ditetapkan. Ianya juga dapat meningkatkan kadar kesihatan kardiovaskular atau jantung. Dengan setiap aktiviti larian individu akan melatih jantung untuk bekerja dan membantu pengaliran darah dengan baik. Secara tak langsung boleh mengurabgkan risiko serangan jantung, darah tinggi atau strok. Disamping itu, dengan larian 2.4 KM ini juga dapat memberi bebanan otot dan tulang secara positif dan pada masa yang sama tulang akan dirangsang untuk jadi lebih kuat dan tak mudah dimamah usia. Semasa melakukan senaman darah yang kaya dengan oksigen akan dialirkan dengan baik ke b...

Pemeriksaan A117 Balai Polis BSJ dan Pondok Polis Mahsan

Image
 Lawatan dan pemeriksaan Balai di bawah PTKPN A117 Balai Polis Bandar Seri Jempol dan Pondok Polis Mahsan 05 November 2020, IPD Jempol- Lawatan dan  pemeriksaan PTKPN A117 telah dilaksanakan di Balai Polis Bandar Seri Jempol & Pondok Polis Mahsan dan ahli pemeriksa diketuai oleh YDH DSP Mohd Hafiz Bin Muhammad Nor, Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol bersama (5)lima Pegawai Kanan, (5)lima Anggota dan (2)dua  KTA dari pelbagai bahagian dan cawangan. Objektif pemeriksaan adalah bertujuan untuk memastikan segala aspek pentadbiran balai berjalan lancar, keberkesanan anggota menjalankan tugas pada tahap yang maksimum dan memastikan bangunan dan peralatan yang dibekalkan berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan. Semasa lawatan tersebut anggota balai berkenaan telah diuji dengan latihan kawad yang mana bagi memastikan semua anggota tahu memberi kata perintah dalam pergerakan kawad. Semasa lawatan tersebut juga disampaikan dan dikongsi bersama beberapa teguran dan nasihat...

Latihan Kawad Bulanan

Image
 LATIHAN KAWAD BULANAN   BAGI BULAN OKTOBER 2020 PERINGKAT IPD JEMPOL NEGERI SEMBILAN IPD Jempol - 09 Oktober 2020(Jumaat), Latihan Kawad Bulanan bagi bulan Oktober 2020 yg dianjurkan bagi Elemen Caw Khas dengan kerjasama Cawangan Latihan / Sukan IPD Jempol yang telah berlangsung di Perkarangan   IPD Jempol. Latihan Kawad itu telah dihadiri oleh 14 Pegawai Kanan, dan 50 Anggota IPD Jempol.Latihan Kawad Peringkat IPD Jempol ini diadakan bagi tujuan asas membentuk pembentukan disiplin dan membina imej yang baik dalam pasukan. Ia juga boleh menyatukan semua pegawai dan anggota pasukan sebagai sebuah pasukan. Selain daripada itu, latihan kawad ini dapat mengemaskan dan memantapkan pergerakan kawad untuk lebih bersemangat dan berdisiplin, terutama dari segi pengurusan masa dan sikap. Setiap pegawai dan anggota lebih mahir dalam berkawad serta dapat meningkatkan jati diri sebagai seorang warga PDRM yang mampu menerapkan konsep _command and control_ terutamanya dalam m...