Latihan Kawad Bulanan

LATIHAN KAWAD BULANAN BAGI BULAN OKTOBER 2020 PERINGKAT IPD JEMPOL NEGERI SEMBILAN IPD Jempol - 09 Oktober 2020(Jumaat), Latihan Kawad Bulanan bagi bulan Oktober 2020 yg dianjurkan bagi Elemen Caw Khas dengan kerjasama Cawangan Latihan / Sukan IPD Jempol yang telah berlangsung di Perkarangan IPD Jempol. Latihan Kawad itu telah dihadiri oleh 14 Pegawai Kanan, dan 50 Anggota IPD Jempol.Latihan Kawad Peringkat IPD Jempol ini diadakan bagi tujuan asas membentuk pembentukan disiplin dan membina imej yang baik dalam pasukan. Ia juga boleh menyatukan semua pegawai dan anggota pasukan sebagai sebuah pasukan. Selain daripada itu, latihan kawad ini dapat mengemaskan dan memantapkan pergerakan kawad untuk lebih bersemangat dan berdisiplin, terutama dari segi pengurusan masa dan sikap. Setiap pegawai dan anggota lebih mahir dalam berkawad serta dapat meningkatkan jati diri sebagai seorang warga PDRM yang mampu menerapkan konsep _command and control_ terutamanya dalam m...