Posts

Showing posts from September, 2020

Perhimpunan bulanan IPD Jempol

Image
 PERHIMPUNAN BULANAN KETUA POLIS DAERAH JEMPOL BULAN SEPTEMBER 29 Sept 2020 ( Selasa )- Perhimpunan Bulanan KPD Jempol telah diadakan di dewan  IPD Jempol .Perhimpunan yang diambil  oleh YDH  DSP Mohd Hafiz Bin Muhammad Nor - PMG Ketua Polis Daerah Jempol telah dihadiri seramai  15 pegawai kanan dan  34 anggota dan pegawai awam serta 11 penerima surat penghargaan dari kalangan Pegawai dan anggota.Tujuan dan objektif perhimpunan dapat meningkatkan disiplin pegawai dan anggota disamping memupuk semangat kerjasama dan semangat setia kawan dapat di pamerkan dalam program tersebut.Dalam perhimpunan tersebut YDH P/KPD Jempol telah sampaikan beberapa amanat dan arahan berkaitan isu-isu semasa . Sepanjang perhimpunan berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama dari semua peringkat. #perhimpunanbulananipdjempol

LDP - HRMIS

Image
 LDP - ELEMEN PENGURUSAN : HRMIS Jempol - 23 September 2020 ( Rabu ),Bahagian Pengurusan IPD Jempol telah aturkan latihan dalam perkhidmatan bertajuk  HRMIS yang  merupakan singkatan bagi Human Resource Management Information System.Ianya merupakan sistem yang diwujudkan untuk membuat urusan sumber manusia pada setiap agensi/ organisasi.Latihan tersebut adalah bagi tujuan mengulangkaji peranan - peranan yang terdapat pada sistem HRMIS.Dalam LDP tersebut peserta mengambil pekuang untuk  soal jawab terhadap perkara - perkara yang tidak difahami dan permasalahan yang timbul apabila menggunakan sistem HRMIS.Secara kesimpulannya LDP tersebut dapat  menambahbaik kemahiran dan menambah ilmu pengetahuan dalam mengendalikan sistem HRMIS. #ldphrmisipdjempol

Majlis Serah Terima Tugas Ketua Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard

Image
 MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS KETUA BAHAGIAN INTEGRITI DAN PEMATUHAN STANDART IPD JEMPOL 14hb Sept 2020 - IPD Jempol bertempat di Distress Room telah diadakan Majlis  serah terima Tugas Ketua Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard.Majlis yang dihadiri oleh YDH DSP Mohd Hafiz Bin Muhammad Nor-  Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol menjadi saksi kepada serah terima tugas yang diaturkan antara Penyerah:SI Karunakaran A/L Muthaya dan Penerima:ASP Jamatulakmar Binti Ahmad Saidi.Majlis serah terima tugas Ketua Ketua Bahagian Integriti dan Pematuhan Standart adalah dari arahan pertukaran dan pengwujudan bahagian baru Bahagian Integriti dan Pematuhan Standart IPD Jempol.Majlis yang disusun berjalan dengan lancar dengan kehadiran Ketua- ketua Bahagian,Ketua- ketua Polis Balai dan  pegawai,anggota pengurusan dan Bips  Peringkat IPD Jempol. #serahterimatugaskbips #facebookipdjempol

Riadah Terancang -Mendaki Bukit Taiso

Image
 Riadah Terancang -Pendakian BukitbTaisho oleh Warga IPD Jempol  IPD Jempol - 11hb September 2020  - Riadah Terancang Pendakian ke Bukit Taiso . Aktiviti riadah tersebut merupakan rutin mingguan IPD Jempol yang diatur melalui cawangan Latihan. Bagi memberi semangat dan teladan yang baik kepada semua peringkat pegawai dan anggota.P/KPD YDH DSP Muhd Hafiz Bin Muhammad Nor telah turut serta bersama dalam riadah mendaki bukit Taiso.Aktiviti sebegini dapat memperbaiki dan meningkatkan  kesihatan baik  dan fizikal pegawai dan anggota PDRM Jempol serta melahirkan warga yang sihat.Aktiviti sebegini akan diteruskan dari masa ke semasa bagi melahirkan warga PDRM yang berkualiti dan sihat dari  aspek penjagaan kesihatan . #riadahipdjempol #sihatcergaspdrmjempol

D221 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jempol

Image
D221 Bahagian Siasatan IPD Jempol  IPD Jempol - 08 September 2020- Pemeriksaan PTKPN D221 oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jempol telah berlangsung di IPD Jempol pagi tadi.YDH DSP Mohd Hafiz Bin Muhammad Nor ,Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol mengetuai pemeriksaan pelbagai dokumentasi dan penyimpanan barang kes yang dikendalikan oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jempol.Selain itu objektif utama adalah persediaan awal untuk pemeriksaan D221  yang akan dibuat oleh YDH Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan dan sekaligus mematuhi kehendak PTKPN D221.YDH DSP Mohd Hafiz Bin Muhammad Nor ,diiringi ASP Rashid Bin Kasim -Ketua Bahagian Siasatan Jenayah  Daerah,Barisan pegawai kanan dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jempol serta anggota Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard  IPD  Jempol telah menyambut kehadiran Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol .Sepanjang pemeriksaan tersebut banyak input dan teguran kearah penambahbaikan diperolehi dan diambil ...

Majlis Pelancaran dan Perasmian Program Perladangan Komuniti

Image
 Majlis Pelancaran dan Perasmian Program Perladangan Komuniti  7hb September 2020- Jempol - Majlis Pelancaran dan Perasmian Program Perladangan Komuniti  telah diadakan di Plus Intervest Sdn Bhd Batu Kikir .Perasmian tersebut telah dihadiri oleh VIP utama iaitu YB Dato Dr Mohd KhairuddinBin Aman Razali (Menteri Perusahaan Perladangan &Komuniti) dan disaksikan oleh YB. Datuk Chua Hick Gee ( MPMA), YB. Dato Shamdul Kahar ( DUN SERTING),YB. Teo Kok Seong (EXCO N. SEMBILAN),YM Raja Norazli Bin Raja Nordin  (YDP MPJPL),YB Dr Khali Aziz Bin Hamzah(KP FRIM) seterusnya bagi PDRM Jempol dihadiri oleh YDH  DSP. Mohd Hafiz BIn Muhammad Nor  (P/KPD JEMPOL) ,barisan pegawai kanan,Ketua Polis Balai Bt Kikir dan anggota .Program  tersebut merupakan anjuran Persatuan Pekilang Panel Malaysia(MPMA) dan Plus Intervest disokong dengan kerjasama institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) disokong Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia(MTIB) dan Majlis Perkayuan Mala...